Berita

5 Suspek Bunuh Lelaki Bakar Al-Quran Dibebaskan

Gempak
01/02/2025
03:25 MYT
Sponsor Banner
5 Suspek Bunuh Lelaki Bakar Al-Quran Dibebaskan

Lima suspek yang ditahan atas pertuduhan membunuh seorang aktivis anti-Islam pada Rabu lepas di Stockholm, Sweden telah dibebaskan Pendakwa Raya Kanan negara itu, Rasmus Oman.

Menurut Rasmus, selepas siasatan dan penahanan suspek dilakukan, beliau mendapati bukti pertuduhan terhadap kelima-lima mereka agak lemah menyebabkan keputusan pembebasan terpaksa diambil.

Bagaimanapun, katanya, mereka masih terikat untuk membantu polis menjalani siasatan lanjut.

“Sebelum ini, seorang pelarian Iraq, Salwan Momika telah bertindak membakar al-Quran di hadapan khalayak ramai beberapa kali sebelum ditembak mati di sebuah rumah di bandar Sodertalje berhampiran Stockholm.

Perdana Menteri Sweden pada Khamis berkata, pembunuhan tersebut mungkin ada kaitan dengan kuasa asing,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, Momika pernah dibicarakan negara itu selepas dia bertindak membakar dan kencing di atas beberapa naskhah al-Quran selain turut menjadi tular di media sosial.

Pada 2023, Sweden telah meningkatkan amaran keganasan ke tahap kedua tertinggi dan memberikan peringatan mengenai ancaman terhadap rakyatnya di dalam dan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Bakar Al Quran Ditembak Mati Ketika Buat Live Di TikTok

Langkah itu dibuat susulan insiden pembakaran al-Quran, yang kebanyakannya dilakukan oleh Momika sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam.

Dalam pada itu, Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata, sekiranya masih terdapat individu yang menghina al-Quran, dia harus bersedia menerima hukuman paling berat.

Sumber: Sinar Harian

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024