Hiburan

Ameera Khan Kongsi Detik Perkenalan Dengan Jefri Nichol, Selalu Minta Ibu Doa Fasal Jodoh - “Doa Ibu Tiada Hijab…”

Umirah Halim
01/02/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
Ameera Khan Kongsi Detik Perkenalan Dengan Jefri Nichol, Selalu Minta Ibu Doa Fasal Jodoh - “Doa Ibu Tiada Hijab…”
Personaliti media sosial, Ameera Khan berkongsi kisah perkenalannya bersama aktor dari Indonesia, Jefri Nichol.
Menurut Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan memberitahu bahawa dia mula berkenalan dengan Jefri selepas pelakon filem Jakarta Vs Everybody itu menghantar pesanan kepadanya di media sosial.
“Baby (Ameera) kenal Jefri lepas dia DM (direct message) Baby. Dia DM Baby dalam tahun 2020 atau 2021.
“Baby borak dengan dia sebab Baby perasan DM dia dan selepas itu kami rapat. Bila rapat mula beritahu keluarga, tapi tak terlalu serius, sebab masa tu Baby muda lagi dalam 20 ke 19 tahun pada masa tu.
“Cerita juga dekat kakak dan mama tapi mereka pun tak ambil serius sebab Baby budak lagi. Lepas tu 2020 tak bercakap, 2021 pun rapat sekejap sahaja,” ujarnya.

Jefri romantik

Dalam pada itu, adik kepada selebriti Neelofa tersebut turut memuji sikap Jefri yang dikatakan romantik dalam percubaan memikat dirinya.
“Selepas tu tahun 2022 Kak Tisha pergi Jakarta, dia dapat tahu Kak Tisha ada dekat Jakarta dia pun beli banyak hadiah untuk Baby.

“Jadi dia bagi hadiah-hadiah tu dekat Kak Tisha untuk diberikan kepada Baby berserta surat dan macam-macam lagi. Memang comel bila Baby fikir balik.

“2023 dia datang Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Baby tapi tak jadi apa, mungkin ia bukan waktu yang tepat, namun pada tahun 2024 kami ada ‘shooting’ bersama dan kami pun rapat. Baby sentiasa percaya dengan masa yang ditetapkan oleh Allah SWT dan perancanganNya memang sempurna,” katanya.
Tidak terhenti di situ, pempengaruh berusia 25 tahun berkenaan juga mendedahkan ibunya dan dirinya selalu berdoa serta berbual berkaitan perihal jodoh.
“Baby selalu doa tentang jodoh dan karier Baby. Dan yang paling penting sekali Baby selalu suruh mama doakan Baby dapat jodoh.
“Sebab doa ibu tiada hijab, jadi Baby selalu borak dengan mama tentang jodoh dan Baby minta mama doakan. Baby yakin dengan apa yang Baby minta,” kongsinya.
Terdahulu, Ameera dan Jefri didakwa pernah bercinta namun hubungan itu dikatakan telah terputus selepas mereka saling tidak mengikuti di Instgaram sekitar Oktober 2021.
Namun, mereka kembali digosipkan bercinta selepas Ameera menerima panggilan video daripada Jefri pada penghujung Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tanya Ameera Khan Bila Nak Kahwin, Ini Respons Tuan Badan - “Insya-Allah Pada…”

ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol Saran Pendidikan Seks Diperkenalkan Sejak Usia Muda - “Jangan Takut Atau Malu Untuk Beli…”

ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya! Ameera Khan & Jefri Nichol Saling Berbalas Luahan Cinta, Netizen Tumpang Gembira - “Girl In Love...”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Memang Nak ‘End Up’ Dengan Awak” - Harap Hubungan Sampai Ke Jinjang Pelamin, Ameera Khan Respons Dakwaan Jefri Nichol ‘Red Flag’

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024