Viral

“5 Tahun Berlalu, Patik Belum Puas Nikmati Kasih Sayang Tuanku” - Kenit

Firdaus
01/02/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
“5 Tahun Berlalu, Patik Belum Puas Nikmati Kasih Sayang Tuanku” - Kenit
Umum sedia tahu Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menamatkan pemerintahan selepas lima tahun di atas takhta sebagai Ketua Utama Negara bermula 31 Januari 2019.
Oleh itu, seorang staf istana yang dikenali sebagai Rezkah menunjukkan penghargaan serta meluahkan rasa sedih terhadap pengakhiran pemerintahan Al-Sultan Abdullah dan isteri, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi satu hantaran di TikTok.

BERITA TRENDING: Kenali Yang di-Pertuan Agong ke-17

“Walaupun lima tahun berlalu, patik belum puas nikmati kasih sayang Tuanku.
“Sumpah patik menyayangi Tuanku sama seperti seorang ibu, Tuanku juga mencurahkan kasih sayang sepenuhnya buat patik,” tulisnya.
Kata-kata sedih itu meraih perhatian Tunku Azizah yang turut menunjukkan penghargaan terhadap wanita tersebut berkaitan khidmat yang diberikan sepanjang tampuk pemerintahan negara.
“Terima kasih Kenit jaga saya dan juga cantik gelang, saya suka sangat,” komen Tunku Azizah.
Dalam pada itu, rata-rata warganet juga turut meluahkan rasa sebak terhadap penamatan tempoh pemerintahan pasangan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.
Antara komen yang diterima:
“Tak pernah-pernah Agong nak balik negeri sendiri aku nangis, tapi kali ni tersentuh sangat, moga Allah pelihara Tuanku, Amin,”
“Seorang raja yang tidak pernah meletak jarak antara Raja dan rakyat. Semoga berjumpa lagi Tuanku,”
“Agong terbaik, semoga berada dalam lindungan Allah selalu.”
Sekadar info, tampuk pemerintahan negara telah digantikan di bawah pemerintahan Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang telah dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi di Istana Negara pada Rabu.
Sumber: TikTok
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar