Viral

6 Sebab Kenapa Wanita Korea Selatan Ini Kagum Dengan Kondominium Di Malaysia! #6 Tu Memang Wajib Ada Sekarang

Firdaus
16/03/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
6 Sebab Kenapa Wanita Korea Selatan Ini Kagum Dengan Kondominium Di Malaysia! #6 Tu Memang Wajib Ada Sekarang
Apabila sebut tentang Korea Selatan, mungkin ramai yang menyangka bahawa kondominium atau tempat tinggal di sana lebih mewah dan teratur berbanding di Malaysia.
Namun, berbeza pula pandangan pencipta kandungan dan pempengaruh dari Korea Selatan yang dikenali sebagai Shin Seonma, apabila dia menyatakan rasa kagum dengan kemudahan serta seni bina kondominium di Malaysia.

BERITA TRENDING: Pelancong China Ini Dedah Hampir Mati Kelaparan Sebab Makanan Malaysia Tak Kena Dengan Tekak

Ini antara perbezaan ciri-ciri kondominium Malaysia dan Korea Selatan yang memeranjatkan buat Seonma:
1.Bilik pembuangan sampah
Menurut Seonma, kondominium di Malaysia menyediakan tempat pembuangan sampah di setiap tingkat yang memudahkan penduduk. Manakala, di Korea Selatan pula, penduduk terpaksa turun ke tingkat paling bawah hanya untuk membuang sampah.
2.Bidet
Umum sedia tahu, Malaysia didiami oleh penduduk yang majoritinya beragama Islam. Oleh itu, bidet merupakan salah satu keperluan penting untuk beristinjak. Bidet dianggap pelik oleh ibu bapa Seonma ketika menjejakkan kaki di negara ini, namun ia merupakan satu kebiasaan untuk influencer tersebut setelah menetap di Malaysia.
3.Bilik pembantu rumah
Menurut Seonma, bilik pembantu rumah tidak wujud di Korea Selatan kerana kebanyakan rakyat di sana tidak memerlukan pembantu rumah. Bilik tersebut bagaimanapun dijadikan stor oleh Seonma dan suaminya di kondominium tersebut.
4.Pintu ‘Bergrille’
Pintu ‘bergrille’ juga merupakan bukan suatu kebiasaan untuk warga Korea tetapi normal di negara ini.
5.Siling yang tinggi
Seonma menyatakan bahawa siling di Malaysia jauh lebih tinggi berbanding siling di Korea Selatan. Disebabkan itu, tiada konflik tentang bunyi bising daripada jiran yang tinggal di tingkat atas.
6.Banyak kipas dan penghawa dingin
Disebabkan suhu yang panas, setiap unit rumah di Malaysia kebanyakannya dilengkapi dengan sistem penghawa dingin. Kemudahan itu sangat berbeza dengan Korea Selatan menurut Seonma.
Sumber: Instagram
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar