Hiburan

8 Tahun Lalui Kes Tuntutan Harta Sepencarian, Marissa Yasmin Pernah Rasa Putus Asa - “Sampai Satu Tahap Pernah Persoal Kenapa Jadi Pada Saya”

Mya Amri
04/07/2024
11:50 MYT
Sponsor Banner
8 Tahun Lalui Kes Tuntutan Harta Sepencarian, Marissa Yasmin Pernah Rasa Putus Asa - “Sampai Satu Tahap Pernah Persoal Kenapa Jadi Pada Saya”
Pelakon, Marissa Yasmin akui berdepan dengan waktu sukar semasa melalui proses turun naik mahkamah berikutan kes tuntutan harta sepencarian dengan bekas suami iaitu Muhzir Mohd Zainuddin.

Pernah terfikir untuk putus asa

Bagaimanapun, Marissa akhirnya boleh menarik nafas lega selepas kes tersebut selesai pada Jun lalu.
Namun, Marissa juga mengatakan dia pernah terfikir untuk berputus asa kerana untuk melalui kesemua proses berkenaan bukanlah sesuatu yang mudah.
“Alhamdulillah selepas lapan tahun kes tuntutan harta sepencarian selesai. Mungkin nampak mudah sebab saya jarang kongsikan kekecewaan saya.

“Tetapi apa yang saya boleh cakap segala dugaan yang kita lalui sudah pasti akan ada rasa penat, lelah, putus asa sampai satu tahap saya pernah nak mempersoalkan kenapa semua benda ini terjadi pada saya.

“Itu mungkin ketika di fasa pertama tapi bila lama kelamaan anda kena ingat selagi Allah bagi awak oksigen untuk hidup bermaksud anda kena tahu kenapa anda hidup dan kena teruskan, jangan putus asa,” katanya ketika ditemui Gempak.
Marissa berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa tayangan perdana drama X-Change di TGV Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur pada malam Rabu.

BERITA TRENDING: Artis Berstatus Suami Orang & Pelakon Wanita Dicekup Berkhalwat?

BERITA TRENDING: 3 Jam JAWI Tunggu Aliff Aziz Buka Pintu, Bomba Terpaksa Bantu!

BERITA TRENDING: Jawi Sahkan Dua Selebriti Ditahan, Disiasat Kerana Berkhalwat

BERITA TRENDING: Ruhainies Buka Mulut Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz - “Ada Beberapa Kenyataan Yang Kurang Tepat”

BERITA TRENDING: “Bukan Ingin Menegakkan Benang Yang Basah, Sekadar…” - Aliff Aziz Bersuara Isu Tangkap Basah Dengan Ruhainies

Reda dengan ujian yang berlaku

Dalam pada itu, Marissa berkata dia reda atas segala dugaan yang berlaku dalam hidupnya.
“Anda harus ingat kenapa Allah uji anda. Pada saya, Tuhan uji saya untuk lapan tahun bermakna saya dipilih untuk ujian itu adalah asbab-asbab tertentu.

“Insya-Allah mungkin di masa hadapan Allah nak bagi yang lebih baik atau lagi terbaik kita tak tahu. Apa sahaja yang berlaku pada saya lapan tahun sebelum ini saya reda.

“Saya harus kuat, selagi Tuhan bagi saya oksigen, jangan berputus asa dan kena sentiasa berdoa,” ujarnya.
Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Muhzir Mohd Zainuddin pada 2010 dan bercerai pada Januari 2016.
Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata.
Dalam perkembangan terbaru, Marissa memaklumkan tuntutan tersebut sudah pun dipersetujui di mahkamah dan proses perlaksanaan pembahagian tersebut perlu dilakukan selepas pihak plaintif kemukakan rayuan pada tahun 2020.
Kini sedang menunggu masa untuk pengagihan harta sepencarian tersebut mengikut peratusan yang sudah dipersetujui kedua belah pihak.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar