Hiburan
Abby Abadi Bangga Marissa Dania Ceburi Bidang Perniagaan, Dedah Perangai Sebenar Anak - “Dari Tak Pandai Serba Serbi, Malu Itu Ini…”
Pelakon, Abby Abadi meluahkan rasa bangga dengan anak perempuannya, Marissa Dania yang kini mempunyai perniagaan tudung.
Marissa pandai bawa diri
Menurut Abby, berbekalkan semangat dan usahanya sendiri, Marissa akhirnya berjaya mengeluarkan produk jenama tudungnya iaitu MRS.“Yang mama pakai ni bawal satin dari brand MRS la ni,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram.“Hebat anak mama, @marissadania_ . Nampak sangat berdikari. Pandai bawa diri tanpa mengharapkan siapa-siapa. “Dari tak pandai serba serbi, malu itu ini, tak pandai bersembang sangat, sampai dah ada produk sendiri, MRS dan pandai buat live dah sekarang ini.
ARTIKEL BERKAITAN:Norman Hakim Syukur Marissa Dania Kongsi Rezeki Belanja Family Makan Malam, Abby Abadi Titip Pesan Pada Anak-Anak – “Apa Keadaan Sekalipun…”
ARTIKEL BERKAITAN:Tak Selesa Dipanggil ‘Anak Abby’ Atau ‘Anak Norman’, Danish Hakim Tampil Mohon Maaf - “Sebenarnya Saya Hanya Update Spontan"
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Ketepikan Mama…” - Marissa Dania Jawab Isu Hubungan Dengan Abby Abadi
ARTIKEL BERKAITAN:Abby Abadi Dedah Anak-Anaknya Berkulit Putih Sebab Tak Main Panas, Duduk Dalam Aircond 24 Jam
ARTIKEL BERKAITAN:Abby Abadi Rasa Rindu Bila Peluk Model Persis Wajah Anak - “Tiba-Tiba Datang Rindu”
Lebih yakin selepas ceburi perniagaan
Bercerita lanjut mengenai anaknya, Abby mendedahkan Marissa merupakan seorang yang penyegan dan tidak pandai bersembang.Namun semuanya berubah selepas menceburi bidang perniagaan dan Marissa kelihatan lebih yakin dengan dirinya sendiri.
“Sudahnya jalani sahaja, kena kuatkan diri, kuatkan semangat! Kita semua boleh! Malaysia boleh! Hehe.. 2014 mula berniaga, jual itu jual ini cuma tinggal tak jual orang je hihi,” tulisnya.“Samalah dengan mamanya pun, zaman TikTok lambat mulanya berjualan secara live ni, sebab apa? “Sebab segan sebenarnya, tak pandai nak bersembang lama-lama, takutkan itu takutkan ini, takut syok sendiri.
Dalam pada itu, Abby berharap 2025 bakal menjadi tahun yang baik buat mereka sekeluarga mencari rezeki.
“2025 lah main kain balik. Semoga ada jalan yang baik untuk kami mencari rezeki. Doakan yang baik-baik okay semua. Mana yang kurang, harap diberi peluang,” coretnya.
Must-Watch Video