Viral

Ada 24 Anak Dari 3 Isteri, Rumah Lengkap Masjid, Lelaki Ini Habiskan RM85,000 Sebulan Untuk Nafkah

Maliah Surip
20/08/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
Ada 24 Anak Dari 3 Isteri, Rumah Lengkap Masjid, Lelaki Ini Habiskan RM85,000 Sebulan Untuk Nafkah
Seorang lelaki di Indonesia menjadi tular selepas mengaku punya tiga isteri.
Memiliki tiga isteri mungkin bukan satu hal luar biasa namun Umar Kei menyita perhatian ramai apabila mendedahkan punya 24 anak hasil poligami.

Dedah rahsia mampu hidup harmoni dengan tiga isteri

Dengan tiga isteri dan 24 orang anak hasil poligami, Ironi Umar Kei atau nama sebenarnya Umar Key Ohoiten juga mendedahkan rahsia bagaimana dia mampu hidup harmoni dan aman damai.

Umar mengaku rahsia untuk kekal damai dalam poligami adalah bersikap adil dan jujur.

Kepada media tempatan, Umar mengatakan memberi nafkah RM28, 200 untuk setiap isteri satu bulan. Ini menjadikan dia perlu menyediakan sekitar RM85, 000 sebagai nafkah yang diberikan sama adil kepada semua isteri dan anak-anaknya.
Ironi Umar Kei bukan individu biasa. Dia yang pernah terkait kontroversi isu dadah beberapa tahun lalu sebaliknya merupakan seorang usahawan berjaya dan terkenal yang berasal dari Maluku.
Memiliki hubungan baik dengan ramai ahli politik, Umar berkahwin dua atas izin isteri pertama selepas mereka tidak dikurniakan anak selama tujuh tahun sebelum berkahwin kali ketiga dengan wanita bernama Berlian.

ARTIKEL BERKAITAN:Hafizah Al-Quran Kena Kahwin Paksa Dengan Lelaki Berusia, Suami Orang!

ARTIKEL BERKAITAN:Umisya Kongsi Hikmah Disebalik Berpoligami

ARTIKEL BERKAITAN:Lelaki Kahwin Dua Sekaligus Dalam Satu Majlis, Netizen Luah Rasa Kagum - "Wow Hebatnya!"

Selain mengeluarkan nafkah yang cukup banyak buat keluarga besarnya, Umar juga menyediakan keperluan lain dengan adil buat semua.
Dia diketahui memiliki rumah berkembar dengan ketiga-tiga isteri diberi satu unit kediaman dan tinggal bersebelahan.
Di kawasan kediaman mewah yang dibina, Umar menyediakan kolam renang, gelanggang badminton malah masjid untuk mereka sekeluarga beribadah.
Anak-anak Umar menyifatkan bapa mereka sebagai seorang yang penyayang dan tegas dalam bab agama.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar