Viral

Ada Hampir Gila! Lelaki Kongsi Pancaroba Hidup Selepas Bercerai - "Dua Tahun Saya Tidur Lampu Menyala"

Ainun
10/10/2024
11:55 MYT
Sponsor Banner
Ada Hampir Gila! Lelaki Kongsi Pancaroba Hidup Selepas Bercerai - "Dua Tahun Saya Tidur Lampu Menyala"
Kebanyakan pasangan yang bercerai, lazimnya pihak lelaki lebih memilih untuk berdiam diri berbanding wanita.
Tular di platform X, seorang individu berkongsi tangkap skrin daripada sudut pandangan lelaki yang bercerita tentang kehidupan mereka selepas bercerai dengan isteri.
Dalam hantaran itu, ada yang tidak sanggup pulang ke kediaman yang pernah dihuni bersama yang menyimpan pelbagai memori suka duka.
Malah, ada yang mendedahkan hampir gila selepas berpisah dengan bekas isteri.

“Dua tahun saya tidur dengan lampu menyala, televisyen dihidupkan dan kadang-kadang saya tidur di tempat kerja sahaja sebab dekat setiap sudut dalam rumah saya mesti teringat dekat bekas bini.

“Saya hampir gila dua tahun. Setiap hari saya tunggu depan pintu untuk sambut bekas isteri balik kerja macam biasa. Setiap hari jugalah saya keluar kerja dan hidupkan lampu rumah dan susun selipar anak-anak di depan pintu untuk menipu diri sendiri bila balik ada orang di rumah,” demikian antara luahan dari netizen.

BERITA TRENDING: "Siapa Nak Bagi Kan?" - Pelajar SPM Pusat Tuisyen PTTI Terkejut Menang Hadiah Kereta Harga RM40,000

BERITA TRENDING: “Sengaja Atau Tidak Sengaja, Suami Wajib Bayar Hutang Nafkah Tertunggak” - Ustaz Azhar Idrus

BERITA TRENDING: Pemandu Wanita Rempuh Tiga Pelajar UiTM Dungun Hingga Maut Dipercayai Tidak Siuman

BERITA TRENDING: Jarang Makan ‘Dessert’, Azizulhasni Awang Terpaksa Jamah Sebab Sambut Hari Lahir Isteri - “Saya Juga Dah Retired, So...”

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa simpati terhadap kisah kehidupan mereka selepas bercerai dengan pasangan.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut berjaya meraih sebanyak 564,000 ribu tontonan dan 4,700 ribu butang suka.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar