Hiburan

Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka

Umirah Halim
19/04/2024
07:30 MYT
Sponsor Banner
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.

Kagum dengan kakak

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Asha Zainul Ilyas berkata, dia bangga dengan kakaknya yang ikhlas memaafkan walaupun ramai bercakap buruk dan menabur fitnah terhadap kakaknya.
"Kakak, saya sangat mengagumi kakak. Kakak tetap mendiamkan diri setelah apa yang berlaku.
"Kakak ada beritahu saya yang kakak sudah maafkan semua orang... Orang yang bercakap buruk pada kakak. Fitnah sana sini.
"Saya bangga dengan kakak. Mengikhlaskan diri memaafkan mereka tanpa berkata apa-apa merupakan perkara paling disanjungi. Subhanallah," katanya.
Asha menerusi hantaran sama turut memberitahu hanya Allah, keluarga dan rakan-rakan rapat akan sentiasa ada untuk Ruhainies kerana mereka lebih mengetahui perkara sebenar.

Sedang Tunai Umrah

Dua beradik itu ketika ini sedang berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah. Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, turut mengulang siar hantaran tersebut di Instastory miliknya.

Hanya Tuhan yang tahu perkara sebenar

Pelakon itu turut memberitahu hanya Allah SWT yang maha mengetahui perkara sebenar atas apa yang berlaku selama ini.
"Cukup hanya Allah tahu apa yang di dalam hati. Terima kasih adik. Love you, you beautiful soul," ujarnya.
Pada 9 Mac lalu, nama Ruhainies terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Aliff Aziz.
Susulan itu, kedua-dua pelakon itu menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.
Isteri Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.
Kes penceraian Aliff dan Bella disambung semula pada 4 Jun depan.

Berita Trending: Hantaran Aliff Aziz 'Since You Been Gone' dan Bella Astillah POV Cari Pengganti Curi Perhatian Ramai!

Berita Trending: Ruhainies Sambut Aidilfitri Di Tanah Suci, Mohon Maaf Pada Semua - "Semoga Allah Bersihkan Hati, Sucikan Diri"
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar