Laman Utama
Agensi Jawab Isu Junho 2PM, Yoona SNSD Bercinta Di Luar Set King the Land
Percintaan yang terjadi dalam kalangan selebriti bukan hal baharu malah ada yang sampai ke jenjang pelamin.
Terkini pasangan pelakon yang sedang hangat dengan drama King the Land, Junho 2PM dan Yoona SNSD pula dilaporkan bercinta.
Mereka malah didakwa sudah menjalin asmara sebelum memulakan projek drama tersebut. Keduanya kemudian bersetuju untuk berlakon sama selepas menjadi pasangan kekasih.
Fakta tersebut dilaporkan oleh media Korea Selatan, The Proof.
Pihak agensi keduanya iaitu SM Entertainment dan JYP Entertainment bagaimanapun menafikan berita percintaan Yoona dan Junho.
“Mereka berdua memang rapat tapi laporan mengenai percintaan itu tidak benar,” kata kenyataan yang dikeluarkan JYP Entertainment seperti dilaporkan Koreaboo.
Sebelum terbabit dalam King the Land, keduanya pertama kali berganding dalam sebuah persembahan tarian bersama iaitu Senorita.