Berita

"Ahli-Ahli Yang Berhormat, Sila Duduk & Jangan Lari" - Titah Agong Gamatkan Dewan Rakyat

Rozaimi Zubaidi
17/07/2018
05:17 MYT
Sponsor Banner
"Ahli-Ahli Yang Berhormat, Sila Duduk & Jangan Lari" - Titah Agong Gamatkan Dewan Rakyat
Titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang dilafazkan baginda sebaik duduk telah mencetuskan suasana gamat di Dewan Rakyat apabila menegur agar tiada ahli Parlimen bertindak sedemikian pada sesi persidangan pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 yang berlangsung pada Selasa.
Teguran Agong itu ternyata mengejutkan semua pihak, malahan semua wakil rakyat kerajaan Pakatan Harapan dan juga pembangkang masing-masing tidak kering gusi seketika dengan gelagat baginda.
"Ahli-ahli yang berhormat, sila duduk dan jangan lari," demikian Titah Yang di-Pertuan Agong.
Selepas baginda selesai bertitah dan diumumkan untuk keluar dewan, rata-rata Ahli Parlimen PH secara berseloroh menjerit "jangan lari" sambil disusuli gelak tawa.
Pada Isnin, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama beberapa anggota Barisan Nasional (BN) serta PAS bertindak keluar dari Dewan Rakyat sebagai tanda bantahan dan menolak proses pelantikan Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu.
Bagaimanapun, dua lagi ahli Parlimen BN dari Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Kimanis iaitu Datuk Seri Anifah Aman dilihat kekal idak berganjak dari kerusi mereka.
Terdahulu, baginda berkenan merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 yang cukup signifikan kerana buat pertama kali dalam sejarah menyaksikan Malaysia dipimpin kerajaan baharu, Pakatan Harapan.
Memetik laporan Bernama, mesyuarat ini juga melakar sejarah tersendiri kerana ini merupakan kali kedua Yang di-Pertuan Agong merasmikan istiadat pembukaan penggal Parlimen dalam tahun sama.
Sumber: mStar Online
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar