Hiburan

Aina Abdul Puas Hati Dapat Dengar Live! Enjoy Konsert 2NE1 - “Dulu Pernah Cita-Cita Nak Jadi Rapper Sebab Minat CL”

Mya Amri
02/02/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Aina Abdul Puas Hati Dapat Dengar Live! Enjoy Konsert 2NE1 - “Dulu Pernah Cita-Cita Nak Jadi Rapper Sebab Minat CL”
Penyanyi, Aina Abdul menyatakan rasa puas hati dapat menghadiri konsert kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 yang berlangsung pada Sabtu.

Cita-cita jadi penyanyi rap sebab CL

Aina menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya juga turut berkongsi beberapa foto dan video yang diambil sebagai kenangan di konsert tersebut.
Kata Aina, dia pernah berhasrat untuk menjadi penyanyi rap kerana minatnya terhadap salah seorang anggota 2NE1 iaitu CL

“Dulu pernah bercita-cita nak jadi rapper sebab minat sangat CL, malah saya sendiri rakam diri saya sedang melakukan rap.

“Tapi video tu dah lesap yaaa! Dab selepas beberapa tahun menjadi peminat 2NE1 terutamanya lagu Lonely, dapat dengar live semalam, ahhh… My Blackjack heart,” tulisnya.
Terdahulu, konsert 2NE1 Asia Tour [Welcome Back] in Kuala Lumpur yang diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil telah berlangsung dengan meriah.
Sebelum ini, tiket konsert 2NE1 di Manila, Jakarta, Singapura, Bangkok dan Hong Kong dilaporkan habis terjual membuktikan populariti mereka masih kekal.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024