Hiburan

Isu Ops Sky, Ziana Zain Enggan Ulas Lanjut - “Tiada Komenlah Sayang, Kak Gee Hanya Menyanyi Sahaja”

Mya Amri
02/02/2025
15:48 MYT
Sponsor Banner
Isu Ops Sky, Ziana Zain Enggan Ulas Lanjut - “Tiada Komenlah Sayang, Kak Gee Hanya Menyanyi Sahaja”
Penyanyi, Ziana Zain enggan mengulas lanjut susulan laporan media berhubung beberapa selebriti termasuk artis terkenal yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.
Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain yang ditemui selepas tamat pentas separuh akhir sebuah program di Glenmarie, malam tadi bagaimanapun memahami tugasan pihak media yang inginkan penjelasan berhubung perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM Siasat Pembabitan Selebriti Dibayar Hingga RM400,000 Jadi Duta Syarikat Perunding Kewangan

“Tiada komenlah sayang. Kak Gee hanya menyanyi saja, sayang.
“Tak mengapa, saya faham,” katanya ringkas.
Terdahulu media melaporkan kenyataan daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang mana beberapa selebriti termasuk artis terkenal yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.
Katanya, mereka akan dipanggil minggu depan untuk membantu siasatan.
Keterangan akan diambil selepas siasatan mendapati terdapat sejumlah dana digunakan untuk selebriti berkenaan, termasuklah menjadi wajah kepada syarikat berkenaan.
"Daripada keterangan dan semakan kewangan yang diperoleh, selebriti-selebriti ini menerima bayaran sekitar RM150,000 hingga RM400,000 untuk tempoh satu hingga dua tahun sebagai duta syarikat.
"SPRM juga mengesan terdapat bayaran turut dibuat untuk tajaan konsert dan gubahan lagu khas bagi pihak sindiket itu," katanya.
Hari ini, media melaporkan Azam mengesahkan siasatan mengenai pembabitan selebriti-selebriti ternama dalam syarikat perunding kewangan berkenaan menjadi antara aspek dalam siasatan Ops Sky.
Siasatan terhadap selebriti berkenaan susulan penahanan sekurang-kurangnya 27 individu termasuk lapan pengarah syarikat dan 18 pegawai bank oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dalam Ops Sky hasil kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM).
Difahamkan selebriti-selebriti ini dibayar hingga ratusan ribu ringgit sebagai wajah untuk meyakinkan orang ramai bagi menggunakan perkhidmatan mereka.
Malah difahamkan, ada antara mereka mendapat bayaran mencecah hingga RM400,000 hanya untuk menjadi duta rasmi.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024