• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Aina Abdul Mahu Rancang Konsert Lebih Hebat, Belajar Dari Bintang Tempatan & Antarabangsa - “Saya Nak Enjoy Dan…”
BERITA
Sebar Video Seks: Lima Termasuk Kesemua Empat Isteri Penceramah Bebas Direkod Keterangan
HIBURAN
Netizen Kecewa Fattah Amin Tak Hadir Persembahan Sekolah Fatima - “Anak Bukan Priority…”
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Aisha Retno Percaya Rezeki & Masa Akan Hasilkan ‘Killer Song’ - "Macam Saya Sendiri Tidak Jangka..."

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
24/01/2025
12:25 MYT
Sponsor Banner
Aisha Retno Percaya Rezeki & Masa Akan Hasilkan ‘Killer Song’ - "Macam Saya Sendiri Tidak Jangka..."
Penyanyi dan komposer muda, Aisha Retno akui setiap penyanyi harus mempunyai sebuah ‘Killer Song’ untuk lebih dikenali oleh peminat.
Bagaimanapun, Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, berpendapat untuk mempunyai lagu yang sebegitu bukan mengambil masa yang singkat dan bergantung kepada rezeki seseorang.
“Bagi saya rezeki itu ada dimana-mana namun saya tidak menyangkal atau menidakkan apa yang diperkatakan oleh penyanyi senior itu.
“Apa yang dia cakap itu benar namun rezeki itu dimana-mana, kalau anda dicintai oleh peminat dengan cara nyanyian atau hanya dengan lagu cover itu juga satu rezeki tapi harus percaya seiring dengan waktu setiap penyanyi akan ada killer song mereka,” katanya kepada Gempak.
ARTIKEL BERKAITAN:
ARTIKEL BERKAITAN:
ARTIKEL BERKAITAN:
Pada masa sama, pelantun lagu Terbang itu juga menyatakan setiap penyanyi tidak perlu untuk terlalu mengejar sebuah ‘Killer Song’ hanya untuk bertahan dalam industri seni suara.
“Ia bergantung, sebab macam saya sendiri tidak jangka lagu Ketipak Ketipung Raya akan disukai oleh netizen.
“Kita perlu percaya masa dan juga rezeki ia berjalan seiring jadi kalau kita nak aim kena ada killer song baru kita boleh survive baru boleh bertahan dalam muzik industri ia tidak relevan pada padangan saya.
“Kalau kita lihat Mimifly, sudah lama berada dalam industri dia juga mempunyai banyak lagu yang best cuma lagu Angkat yang baru dilancarkan ini membuatkan orang lagi mengenali dia, jadi bagi saya masa dan rezeki yang menentukan, ia tidak bermakna awak nak kena ada dalam industri perlu ada killer song,” ujarnya.
Terdahulu, media melaporkan penyanyi senior yang popular dengan lagu Kau Ilhamku, Man Bai menyatakan Aina Abdul masih belum cukup diingati meskipun memiliki bakat nyanyian yang luar biasa.
Katanya, Aina perlu mempunyai 'killer song' yang boleh bertahan dalam jangka masa panjang.
Related Topics
#Man Bai
#Aina Abdul
#Aisha Retno
#killer song
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement