Penyanyi, Aina Abdul tidak menolak kehadirannya ke konsert penyanyi antarabangsa adalah satu proses pembelajaran buat dirinya.
Jelas Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani selain berhibur, dia juga memperlajari bagaimana penyanyi-penyanyi ini mengendalikan konsert mereka dengan sebaiknya.
“Takkan tidak, kita dah pergi jauh-jauh (berseloroh). Saya tahun ini memang nak tengok banyak konsert. Saya dah pergi Lady Gaga, Dua Lipa, 2NE1 dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Tahun ini saya nak enjoy konsert macam orang lain, belajar sebanyak mungkin. Ia adalah untuk saya belajar dan buat konsert yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya.
Budaya Popular
Aina Abdul Mahu Rancang Konsert Lebih Hebat, Belajar Dari Bintang Tempatan & Antarabangsa - “Saya Nak Enjoy Dan…”