Laman Utama

Aishah Sinclair Tersentuh Jadi Pengapit BCL - “I Said Yes Right Away”

Mya Amri
05/12/2023
04:55 MYT
Sponsor Banner
Aishah Sinclair Tersentuh Jadi Pengapit BCL - “I Said Yes Right Away”
Adik kepada allahyarham Ashraf Sinclair iaitu Aishah melahirkan rasa terharu apabila bekas kakak iparnya, Bunga Citra Lestari memilihnya untuk menjadi pengapit.
Aishah meluahkan isi hatinya dalam hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Tidak hanya rasa tersentuh, Aishah juga menyatakan rasa gembira melihat Bunga atau BCL kini melalui satu fasa perkahwinan baharu dalam hidupnya.

BERITA TRENDING: BCL Selamat Bergelar Isteri Tiko

“Saya sangat tersentuh apabila @itsmebcl meminta saya untuk menjadi salah seorang pengapitnya. Sudah pasti saya berkata ya dengan cepat.
“Bunga membuatkan orang sangat mudah untuk mencintai dirinya dengan sepenuh hati.
“Di mata umum, dia dilihat sebagai seorang wanita berdikari yang kuat, tetapi sebenarnya dia juga mempunyai sisi yang lemah, baik dan penyayang.
“Terima kasih kerana menjadi diri awak sayang. Saya gembira kerana dapat berada pada hari istimewa awak,” coretnya.

PILIHAN PEMBACA: Adik Allahyarham Ashraf Sinclair, Aishah & Yuna Jadi Pengapit BCL, Tiko

Terdahulu, BCL telah melangsungkan perkahwinan kali kedua dengan pasangannya, Tiko Aryawardhana di sebuah hotel mewah di Bali, Indonesia pada 2 Disember lalu.

PILIHAN PEMBACA: "Tiko Hadirkan Semula Senyumanku, Tapi Sakit Ini Tidak Akan Pergi" - BCL

Untuk rekod, BCL dan Ashraf bernikah pada 2008. Mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 12.
Selepas pemergian suami yang juga selebriti kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada Februari 2020 akibat serangan jantung pelbagai rintangan terpaksa ditempuhi penyanyi jelita itu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar