Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Akui Benci Lelaki Suka Pukul Perempuan, Inul Daratista Beri Kata-Kata Semangat Buat Lesti Kejora

Izwan Isa 01/10/2022 | 04:50 MYT

Ketika isu keberantakan rumah tangga Lesti Kejora dan Rizky Billar hangat diperkatakan umum, video lama Inul Daratista yang memberi amaran kepada Rizky tidak bersikap kasar terhadap wanita yang telah dianggap sebagai anaknya sendiri itu kembali viral.

Tidak hanya itu, Inul turut mengakui sentiasa bersedia jika Rizky melakukan sebarang kekasaran terhadap isterinya. Dan sekali lagi, Inul membuka mulut memberikan kenyataan terhadap situasi yang sedang dihadapi oleh Lesti.
Menerusi perkongsian di Instagram, Inul meluahkan rasa dan juga nasihat buat Lesti.
“Anak ku sayang… Jangan pernah berasa sakit hanya kerana tamparan orang lain yang cuma membuatkan kesan merah dan luka kecil. Kerana proses menjadi orang hebat itu banyak fasa yang harus dilalui.
“Saat ini sudah dimulai gendang persaingan hidupmu, bagaimana kamu harus bersedia menghadapinya, apatah lagi kamu berhadapan dengan sosok yang membuatkan kamu memiliki bayi comel sekarang dan sudah pernah jadi sebahagian dalam kisah cintamu,” katanya.
Dalam pada itu, Inul turut memberitahu yang dia paling membenci lelaki yang ringan tangan, dan menggunakan kekerasan terhadap kaum wanita.
“Anak ku…. Bonda yakin sekali daripada awal bertemu dengan mu, kamu adalah pilihan. Hadapi rasa sakit itu. Terlalu murah, terlalu remeh dan naif jika kamu sampai turunkan harga dirimu, berkorban demi dia yg tidak sayang pada mu nak.
“Bonda paling benci dengan lelaki dan suami yang suka ringan tangan. Hal ini bermaksud, ia sudah jadi penyakit. Tidak ada penghormatan dan penghargaan kepada perempuan, apatah lagi isteri.
“Bonda terlalu sayang pada mu, meskipun jarang bertemu. Selalu mendoakan mu. Hadapi, jangan lemah!,” tulisnya lagi.
BACA: Nampak Loving, Lesti Kejora Dakwa Rizky Billar ‘Kaki Pukul’, & Buat Laporan Polis
BACA: Disyaki Curang, Rizky Billar Cekik & Hempas Lesti Kejora Ke…
BACA: Lesti Kejora & Rizky Billar Nampak Bahagia Tapi Curang? Ini Kronologi Kisah Cinta Mereka
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Inul Daratista #Rizky Billar #Lesti Kejora
;