,
Laman Utama

Lesti Kejora & Rizky Billar Nampak Bahagia Tapi Curang? Ini Kronologi Kisah Cinta Mereka

Syafiqah Jalal
30/09/2022
06:52 MYT
Kisah cinta agung pasangan dari Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar sering mendapat perhatian sehingga menjadi impian ‘couple goal’ setiap pasangan kekasih.
Namun siapa sangka, dari bunga-bunga cinta sehingga berkahwin dan dikurniakan seorang anak kini disebalik kebahagiaan industri hiburan dikejutkan dengan kisah kecurangan serta kekerasan rumah tangga yang berlaku dalam mahligai yang dibina.
Ramai yang tidak menyangka kebahagiaan yang dipaparkan selama ini seolah-olah tidak sama seperti yang dibayangkan.
Bagaimana ia boleh terjadi? Gempak imbas kembali bagaimana detik mula pertemuan mereka dan siapa sebenarnya mereka?
#1 Detik Pertemuan
Lesti dan Rizky Billar bertemu buat pertama kali secara tidak sengaja di sebuah program bual bicara yang dihoskan Tukul Arwana pada pertengahan 2020.
Sejak pertemuan pertama di program bual bicara, mereka terus menjalinkan hubungan yang lebih rapat.
#2 Lesti + Bilar = Leslar
Mereka kemudian terlibat dalam projek kerjasama dalam lagu Lesti bertajuk Kulepas Bersama Ikhlas. Seperti yang diketahui, Rizky Billar menjadi sebagai model untuk klip video tersebut.
Dari sini mereka dipanggil Leslar atau Lesti dan Billar.
#3 Ambil Hati Keluarga
Selepas menjalinkan hubungan yang rapat. Lesti dan Rizky Billar memilih untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius.
Hal tersebut dibuktikan melalui video-video YouTube milik Rizky Billar yang berkongsi momen saat keduanya saling bertemu dengan keluarga masing-masing.
#4 Dilamar
Seletah hubungan direstui keluarga mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Rizky Billar akhirnya bernikah dengan Lesti Kejora pada 19 Ogos 2021. Majlis akad nikah berlangsung di Hotel Intercontinental Pondok Indah Jakarta.
Pasangan ini dilihat sangat Bahagia
BACA: Rizky Lamar Lesti Kejora
#5 Bahagia
Tidak menunggu lama, malah pasangan ini diberi rezeki menimang cahaya mata selepas berkahwin dengan sangat cepat.
Bukti lagi cinta mereka kuat, Billar telah merancang menyewa seluruh tingkat wad bersalin di sebuah hospital ketika Lesti melahirkan anak mereka.
Namun perancangan Allah labi hebat apabila Lesti terpaksa melahirkan anak mereka dalam keadaan bayi pra matang pada 27 Disember 2021. Nama putera mereka Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.
BACA: Sewa seluruh tingkat wad bersalin BACA: Nikah Ogos Lalu, Lesti Selamat Lahirkan Bayi Pra Matang
#5 Curang & Kaki Pukul
Tiada angin tiada ribut dan tanpa disangka industry dikejutkan dengan kisah keganasan rumah tangga. Lesti sendiri membuat laporan polis berhubung kes kegananasan rumah tangganya pada 28 September lalu.
Malah dari laporan itu, Lesti dipukul selepas Lesti mendakwa pelakon tersebut menjalinkan hubungan sulit. Jika semua bukti kukuh, Rizky yang menikahi Lesti pada tahun lalu berdepan hukuman 15 tahun penjara.
BACA: Nampak Loving , Lesti Kejora Dakwa Rizky Billar ‘Kaki Pukul’ & Buat Laporan Polis BACA: Disyaki Curang, Rizky Billar Cekik, Hempas Lesti Kejora Ke Lantai
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Cinta Tak Berbalas, Punca Dua Beranak Dibunuh

gempak
11/11/2024
18:55 MYT
Cinta tidak berbalas merupakan punca dua beranak dibunuh di hadapan sebuah lif sebuah pangsapuri di Lengkok Angsana, Bandar Baru Farlim di sini pada Khamis lalu.
Hiburan

Gembira Bersama Anak, Sherie Merlis Bahagia Jalani Kehidupan 'Single' - "Buat Masa Ini Saya Cuma Nak Teruskan..."

gempak
10/11/2024
07:50 MYT
Pelakon Sherie Merlis mengakui kini gembira menjalani kehidupan bersama anak-anak.
Hiburan

Tengah Tunai Umrah, Pempengaruh Dedah Suami Kantoi Bawa ‘Skandal' Masuk Bilik - “Bahkan Buat Video Intim…”

gempak
04/11/2024
03:55 MYT
Malah, Menurut Arie, suaminya telah berlaku curang terhadapnya sejak bulan Ogos tahun ini.
Hiburan

Tiga Pasangan Setia Bercinta Sampai Lanjut Usia!

gempak
02/11/2024
07:00 MYT
Berikut adalah beberapa pasangan terkenal yang telah hidup bersama selama puluhan tahun.
Hiburan

Baim Wong Tuduh Curang, Paula Verhoeven: “Sebagai Isteri Saya Banyak Kekurangan…”

gempak
27/10/2024
02:55 MYT
Kisah rumah tangga Baim Wong dan, Paula Verhoeven yang kini menuju perceraian menjadi ‘buruk’ selepas hos dan pelakonitu mendakwa isterinya curang bersama teman baik.
Unitar