Hiburan

Akui Terkesan Dengan Pembatalan Konsert, Aisha Retno Kekal Positif - “Orang Diluar Sana Tidak Mahu Tahu Apa Masalah Yang Kita Hadapi”

Asyraf Roslan
11/11/2024
21:55 MYT
Sponsor Banner
Akui Terkesan Dengan Pembatalan Konsert, Aisha Retno Kekal Positif - “Orang Diluar Sana Tidak Mahu Tahu Apa Masalah Yang Kita Hadapi”
Penyanyi, Aisha Retno akui pembatalan konsert sulungnya benar-benar memberi kesan yang mendalam ke atas dirinya.
Menurut pelantun lagu Samudera itu, situasi yang dihadapinya kini sangat sukar namun dia harus bersikap profesional apabila mahu tampil membuat persembahan.
“Adakah isu ini memberi kesan kepada mental saya semasa di tempat kerja?
“Video ini sudah menjelaskan banyak perkara tetapi sebab saya suka membuat persembahan saya tak akan pernah biarkan emosi ini mengusai saya.
“Saya harus kawal, lima minit sebelum persembahan bermula saya harus keringkan air mata dan berlakon seperti tiada apa yang berlaku.
“Begitulah tugas sebagai penghibur, orang diluar sana tidak mahu tahu apa masalah yang kita hadapi,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi Konsert Sulung Dibatalkan, Ini Penjelasan Aisha Retno - “Saya Sangat Ragu-Ragu Apabila…”

ARTIKEL BERKAITAN: "Faktor Kekurangan Jualan Tiket..." - Penganjur Sahkan Konsert Aisha Retno Malam Sutera Dibatalkan

ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik Hasilkan Lagu Berdialek Kelantan, Aisha Retno Kekal Tenang, - “Ramai Yang Tak Tahu Sebenarnya Bapa…”

Pada masa sama, pemilik nama Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam berkata dia sangat bersyukur memiliki pasukan yang sentiasa memberi semangat untuk meneruskan persembahan.
“Ia memang hari yang sukar buat saya, beberapa minit sebelum membuat persembahan saya menangis kerana tidak dapat mengawal emosi ini.
“Tapi saya bersyukur kerana ada pasukan yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada saya dan memastikan saya sentiasa bersedia sebelum persembahan saya bermula.
“Saya masih berdiri teguh disini kerana diberi peluang untuk bersama kawan-kawan yang baik dimana sentiasa menyokong minat saya untuk menjadi seorang penghibur,” ujar Aisha.
Terdahulu, pihak penganjur Kharisma Music International mengumumkan telah membatalkan konsert sulung Aisha Retno susulan penjualan tiket yang kurang.
Aisha juga tampil memberi kenyataan dengan menyatakan tidak mendapat sebarang maklum balas mengenai konsert daripada pihak penganjur sejak beberapa bulan lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar