Hiburan
Alif Hadi Dedah Pernah Berkahwin, Suka Wanita Lebih Berusia - “Saya Seorang Duda..Yang Mungkin Terlajak Laris…”
Pelakon, Alif Hadi tampil membuat pendedahan mengenai status perkahwinannya.
Pernah berkahwin
Menerusi Podcast Confession Bilik Gelap, Alif atau nama lengkapnya Muhammad Alif Abdul Hadi mendedahkan dia pernah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun namun bercerai dan sehingga kini masih memegang status duda.
undefined
“10 tahun paling lama dalam perhubungan dan itu merupakan perkahwinan pertama.
“Setahun bercinta, dua tahun bertunang dan tujuh tahun perkahwinan.
“Ramai orang tak tahun, saya berkahwin ketika usia 22..23 tahun. Ya, baru habis degree..masters dan terus kahwin.
"Sekarang orang tahulah, saya seorang duda..yang mungkin terlajak laris,” katanya.
Sementara itu, aktor berusia 36 tahun itu juga mengakui dia lebih suka akan wanita yang lebih berusia daripadanya.
“Dia empat tahun lebih tua daripada saya.
“Tak tahu..saya suka wanita yang lebih berusia,” ujarnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Alif Hadi Putus Cinta Dengan Yasmin Hani, Kini Fasa Healing - “Hubungan Baik, Kalau Tiada Jodoh Pun Buat Apa Nak Masam Muka”
BERITA TRENDING: “Bukan Mudah Ibu Tunggal Macam Kak Long Untuk Sentiasa Kuat…” - Didi Astillah Beri Kata-Kata Semangat Buat Bella
BERITA TRENDING: Stacy Umum Tak Terlibat Konsert Sumandak Stars, Peminat Luah Rasa Kecewa - “Jujur Cakap Beli Tiket Untuk Tengok Stacy Je”
BERITA TRENDING: Terkilan Syarat Tidak Diikuti, Stacy Dedah Punca Tarik Diri Daripada Konsert Sumandak Stars - “Saya Fikir Ada Kesilapan Teknikal Tetapi….”
Bukan itu sahaja, menerusi podcast yang sama Alif turut meluahkan rasa kecewa dengan perkahwinannya yang terdahulu.
“Aku bazir tujuh tahun ini, hidup untuk orang lain.
Kita kalau hilang orang tak mengapa, jangan hilang diri sendiri. Perkara itu boleh membuatkan kita..tiba-tiba jadi gila ke.
“Kemudian apa lagi nak buat selepas itu..dah tak betul, simpan lama-lama.
“Ketika itu saya sudah berada di dalam industri,” tambahnya lagi.
Terdahulu, teka-teki mengenai statusnya tercetus apabila Alif hadir seorang diri pada malam kemuncak ABP36 tanpa ditemani Yasmin.
Sekadar info, Alif mula menjalinkan hubungan cinta bersama Yasmin tiga tahun lalu selepas pelakon berkenaan berpisah dengan suaminya iaitu Sha’rin pada November 2021.
Untuk rekod, Yasmin mendirikan rumah tangga dengan Sha'arin yang juga pemain dram Blackrose pada 2015 dan berpisah selepas 10 tahun berkahwin berpunca daripada tiada persefahaman.
Perkahwinan mereka diserikan dengan dua cahaya mata lelaki iaitu Noah Ismail Wong, 10 dan Eissa Elzander Wong kini berusia tujuh tahun.