Hiburan

Alif Hadi Putus Cinta Dengan Yasmin Hani, Kini Fasa Healing - “Hubungan Baik, Kalau Tiada Jodoh Pun Buat Apa Nak Masam Muka”

gempak
Mya Amri
14/10/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Alif Hadi Putus Cinta Dengan Yasmin Hani, Kini Fasa Healing - “Hubungan Baik, Kalau Tiada Jodoh Pun Buat Apa Nak Masam Muka”
Pelakon, Alif Hadi mengesahkan hubungan cintanya dengan aktres Yasmin Hani terlerai sejak dua bulan lalu.

Anggap tiada jodoh

Bagaimanapun Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Abdul Hadi, 36, enggan berkongsi secara terperinci punca perpisahan mereka sebaliknya menganggap perkara itu sebagai tiada jodoh.

"Saya sudah kembali solo sejak dua bulan lalu iaitu sekitar Ogos. "Kalau boleh memang tak mahu kongsi mengenai hal putus cinta ini kepada umum sebab perkara ini bukan hal yang elok untuk diuar-uarkan.

"Tapi kalau sudah tiba waktunya orang tahu, akan tetap diketahui juga," ujarnya.
Alif berkata demikian ketika ditemui di sidang media Anugerah Bintang Popular (ABPBH36) yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam baru-baru.

Hubungan baik, tak perlu masam muka

Dalam pada itu, Alif berkata, perpisahan tersebut merupakan keputusan bersama dengan Yasmin dan hubungan mereka juga kekal baik sehingga kini.

"Saya kalau boleh tak mahu meletakkan kesalahan ada mana-mana pihak, perpisahan ini keputusan bersama. "Kami masih berhubung, kadang-kadang anak-anaknya ada hubungi dengan panggilan video saya sebab rindu.

“Mereka kata nak jumpa, lepas ABP ini, mungkin akan cari masa untuk bertemu dengan mereka.
"Hubungan saya dengan Yasmin pun masih baik, tidak bergaduh pun. Kalau tiada jodoh sekali pun, buat apa nak bermasam muka atau bermusuh sebab industri ini sangat kecil," jelasnya.

Perlu move on

Ditanya mengenai keadaannya, Alif mengakui berasa sedih apabila hubungan yang dibina selama tiga tahun terlerai.

"Sejujurnya memang ada rasa sedih sebab kami sudah bercinta selama tiga tahun, namun pada masa sama tak mahu buang masa dan perlu 'move on'. "Tuhan Maha Perancang, satu nikmat diambil dan pasti akan diganti dengan perkara lebih manis lagi.

"Bagi saya, kita hanya mampu merancang dan kalau sudah terjadi. Doa yang baik-baik. Mungkin perancangan saya ini tidak sehebat aturan Tuhan, jadi berserah sahaja," ujarnya.

Fasa healing

Namun Alif kini mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap kerjaya seni.
Alif bagaimanapun bersyukur perkara itu boleh mengelakkan dirinya daripada melalui fasa kesedihan melampau sehingga menjejaskan kesihatan mental.

"Ketika ini lebih kurang fasa 'healing', saya memang teruskan hidup macam biasa. Pada awalnya memang rasa sangat sedih tetapi saya beri fokus utama pada diri sendiri dan kerja yang setakat ini tak berhenti.

"Mungkin kalau saya tiada kerja ketika ini (fasa putus cinta), mungkin keadaan kesihatan mental akan terjejas. Apa pun syukur semuanya berjalan dengan baik," tuturnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Kekal Baik Dengan Bekas Suami, Yasmin Hani Kongsi Tips ‘Co-Parenting’ Yang Berjaya - “Nak Tak Nak Memang Kena…”

ARTIKEL BERKAITAN:Sweet Ucapan Yasmin Hani Sempena Hari Lahir Alif Hadi, Netizen Doa Cepat Kahwin - “I Pray That We Get To Do…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tiada Masa Nak Baca & Menangis Di Bucu Katil” - Yasmin Hani Enggan Layan Komen Negatif Di Media Sosial

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Tinggal Serumah Dengan Teman Lelaki, Yasmin Hani; - “Saya Sedih Betapa Kolotnya Manusia..”

ARTIKEL BERKAITAN:Alif Hadi Sedang Kenali Hati Budi Yasmin Hani - “Berilah Peluang Kami Kenal Dahulu…”

Terdahulu, teka-teki mengenai statusnya tercetus apabila Alif hadir seorang diri pada malam kemuncak ABP36 tanpa ditemani Yasmin.
Untuk rekod, Yasmin mendirikan rumah tangga dengan Sha'arin yang juga pemain dram Blackrose pada 2015 dan berpisah selepas 10 tahun berkahwin berpunca daripada tiada persefahaman.
Perkahwinan mereka diserikan dengan dua cahaya mata lelaki iaitu Noah Ismail Wong, 10 dan Eissa Elzander Wong kini berusia tujuh tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024