Hiburan

Alif Satar Risau Jenayah Seksual Libatkan Kanak-Kanak - "Saya Memang Ajar Anak Saya Untuk ..."

Ainun
03/10/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
Alif Satar Risau Jenayah Seksual Libatkan Kanak-Kanak - "Saya Memang Ajar Anak Saya Untuk ..."
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar menegaskan pentingnya pendidikan seksual untuk kanak-kanak terutama dalam situasi sekarang.
Jelas Alif, 34, dia juga antara individu yang sentiasa risau dan prihatin terhadap situasi semasa khususnya yang membabitkan golongan kanak-kanak.
“Saya rasa pendidikan seksual itu sangat penting.

“Setiap kali menghantar anak-anak ke sekolah, saya terus memberitahu mereka siapa yang boleh menyentuh mereka, siapa yang boleh mengambil mereka dari sekolah, serta apa yang perlu dikatakan jika ada seseorang cuba menyentuh mereka di tempat yang tidak sepatutnya. Saya rasa semua itu perlu diajar.

“Apa yang boleh saya katakan sekarang adalah dunia hari ini sangat mencabar. Kita dapat melihat sendiri pelbagai propaganda dan media Barat yang bercanggah dengan ajaran agama kita.
“Apa-apa pun, saya sememangnya berpegang teguh kepada Tuhan. Saya memang mendidik anak-anak saya sendiri dan memberitahu mereka apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan,” katanya kepada Gempak.
Tambahnya lagi, sebagai bapa kepada tiga cahaya mata, dia mengakui masih risau tentang jenayah membabitkan pedofilia.
“Jadi, saya sebagai seorang ayah, saya berasa sangat protective dan sangat merisaukan dengan keadaan sekarang ini.
“Sebab orang jahat ini, mereka mempunyai aplikasi sendiri yang membolehkan mereka menghubungi orang lain dan kita pun tidak tahu siapakah mereka disebalik akaun maya tersebut.

“Ini adalah masa depan anak-anak, maruah anak-anak dan kita sebagai ibu bapa perlu menjaga mereka dengan sempurna tidak kira walau bagaimana cara sekali pun.

“Kita perlu mengajar mereka tentang perkara ini,” jelasnya.

BERITA TRENDING: “Bila Tuhan Beri Rezeki, Jangan Tolak” - Alif Satar

BERITA TRENDING: “Saya Rasa Sama Ada Seseorang Itu Suami Atau Tidak, Kita…” - Selesa Berlakon Bersama Alif Satar, Sophia Albarakbah Tetap Jaga Batas

BERITA TRENDING: Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

BERITA TRENDING: “Saya Tidaklah Sempurna, Kadang-Kadang Kekurangan Kita Allah Simpan” - Alif Satar

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar