Viral

Alif Teega, Aisyah Hijanah Nafi Terlibat Komisyen Derma 20% - "Malah Muka Kami Digunakan Tanpa Izin"

Amri Hassan
30/06/2024
15:49 MYT
Sponsor Banner
Alif Teega, Aisyah Hijanah Nafi Terlibat Komisyen Derma 20% - "Malah Muka Kami Digunakan Tanpa Izin"
Pempengaruh Islamik, Alif Teega akhirnya tampil bersuara susulan dakwaan dikaitkan dengan isu penyelewengan wang kutipan derma demi kepentingan peribadi.
Jelas Alif, fitnah itu dibuat tanpa usul periksa dan memohon agar tidak memburukkan isterinya, Aisyah.
"Ini bukan penjelasan menyeluruh, tapi fokus cuma pada satu hal. Dan Saya dah tak kisah tentang nama Alif Teega. Orang nak burukkan silakan, orang nak hentam silakan. Moga Allah beri yang terbaik buat kalian.
"Tapi Ada orang hantar video Isteri saya Aisyah Hijanah cakap kasar. yes! Memang lah isteri saya akan bercakap begitu.
"Baik dia pun ada sabar, kalau orang dah tak tabayyun, tak rujuk kemudian terus sebarkan hal yang tak benar, fitnah, ditambah-tambah lagi cerita lain mana lah dia tak mengamuk.
"Aisyah tu sampai hari ni diam. Orang kaitkan dengan ayah dia pun dia diam, Orang fitnah seleweng duit pun dia diam. letih pujuk dia untuk bersuara. Dia memang begitu. Dia hanya buat hal dia, lagi lah Orang nak jatuhkan dia. Kononnya isu derma, kemudian bawa pula hal2 lain. Apa kena mengena?
"Si penyebar fitnah pula bukan post dengan “pertanyaan“ tapi dengan “statement”. Seolah2 memang sah saya dan aisyah terlibat dengan 20%. dan pada waktu itu, Saya cakap, saya tak terlibat lansung. Dan tak pernah ambil 20%. Bukannya dia tak boleh tanya dulu. Suaminya pun main bola dengan team kami," jelasnya menerusi hantaran di Instagram.

BERITA TRENDING: Tersalah Label Ayat Quran Sebagai Hadis Sahih, Status Facebook Influencer Popular Ini Dipersoal Netizen

Tegas Alif lagi, dakwaannya terlibat dengan komisyen 20% dari sumbangan derma tidak benar sama sekali.
"Dan hari ni, sekali lagi saya bagitahu, saya dan Aisyah tak pernah terlibat dengan komisyen 20% dari sumbangan atau derma dari jomdonate. Apa yang sampai akan terus sahaja dimanfaat dan digunakan sebaiknya pada penerima yang memerlukan.
"Saya langsung tak tahu tentang kewujudan pdf tersebut, saya hanya bantu NGO lain dapatkan dana. Dan even muka kami digunakan tanpa consent jomdonate. Mungkin tawaran itu diberikan pada influencer lain tapi bukan pada kami. Kami lansung tidak terlibat.
"Sahabat semua, kita hidup dizaman social media. Banyak berita2 fitnah tersebar. One sided story, judgment based on speculation, sources dari sumber yang kita tak tahu, ada hal yang kita dengar tapi tak semestinya kita perlu dengar.
"Sana cakap macam ni, yang sini cakap pula macam ni. pilih lah nak percaya yang mana. saya tak kisah. Saya hidup dimaki 1 malaysia akibat poligami. Saya masih turun padang cari rezeki.
"Saya buat hal saya. Saya tetap kedepan, saya tetap munculkan diri, saya tak menyorok. sekurang2nya saya wujud, saya tidak sembunyi disebalik keyboard. lalu mengajak manusia membenci," tambahnya.
Sementara itu, tambahnya lagi di ruangan komen; "Alif cakap sekali lagi, Alif tak ambil. macam mana nak buktikan tak ambil? kena tunjuk bank akaun ke?
"Kalau akaun memang tak ada transaksi tu, kena tunjuk akaun lain pulak ke? kalau takde jugak? kena check cash pulak ke? sebab itu biar autoriti check. insyaallah, alif cakap tak ada, tak adalah."

BERITA TRENDING: Aisyah Hijannah Selamat Lahirkan Anak Ke-3: “This Time, It’s A Tough Journey”

BERITA TRENDING: Syarikat 100% Milik Aisyah Hijanah, Alif Teega Jawab Pemberian Harta Terhadap Isteri Kedua - "Ada Bahagian Masing-Masing"

BERITA TRENDING: Al-Kisah Empat Lelaki Curangi Isteri, Cerai Sampai Poligami

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar