Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Ammar Alfian Tak Suka 'Fatfluencer', Selar Pempengaruh Cuba Terapkan Penerimaan Badan Gemuk - "Cakap Sahaja Awak Tu Malas"

Firdaus 19/09/2024 | 05:55 MYT
Pelakon Ammar Alfian menzahirkan rasa kurang senang dengan pempengaruh berbadan gemuk.

Tak Suka Fatfluencer

Menerusi entri di TikTok, aktor berusia 37 tahun itu menegaskan bahawa individu yang membawa pemikiran sedemikian tidak sepatutnya memberi pengaruh kepada pihak luar.

"Saya ada masalah dengan individu gemuk yang mengetengahkan agenda 'fat positivity' kepada orang ramai.

"Kepada 'fatfluencer', kalau awak nak buat perkara itu untuk diri awak sendiri tak mengapa. Tapi jangan mempengaruhi orang lain.
"Orang ramai mahu hidup sihat tapi awak kata 'tak apalah, sayangi badan gemuk awak itu'," katanya.

Dalam pada itu, aktor berusia 37 tahun tersebut turut menyifatkan mana-mana pempengaruh yang cuba menerapkan 'fat positivity' sebagai satu mesej yang tidak sihat dan perlu dihentikan.

"Cakap sahaja awak itu pemalas, awak tak perlu untuk tarik semua orang bersama awak.
"‘Fat positivity’, ia tidak sihat kan? Tapi awak kata ia sihat. Adakah ia mesej yang baik untuk disebarkan?" katanya.

BERITA TRENDING: Netizen Petik Nama Ammar Alfian Belasah Kekasih, Ini Respons Tuan Badan

​BERITA TRENDING: Kongsi Video Romantik, Ammar Alfian Kini Sedang Hangat Bercinta?

​BERITA TRENDING: Bekas Isteri Ammar Alfian, Nelissa Selamat Bernikah Selepas 3 Tahun Bercerai

​BERITA TRENDING: Siap Shooting Pre Wedding, Bekas Isteri Ammar Alfian Beri Bayangan Bakal Kahwin Tahun Ini

Dalam masa yang sama, Ammar atau pemilik nama sebenar Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri berkata, generasi sekarang sangat berbeza dengan dahulu.

"Dulu boleh panggil orang lain gemuk. Sekarang semua orang macam takut.
"Saya bagi contoh situasi. Kalau dulu kena pukul dengan cikgu, kita takut nak beritahu ibu bapa. Semasa darjah 6, saya pernah kena pukul dengan cikgu dan dia guna tali pinggang.
"Kita akan dipukul lagi kalau beritahu ibu dan bapa," jelasnya.

undefined
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet setuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon Paskal itu.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian daripada Let's Get It podcast itu meraih lebih 100,000 tontonan dan 11,000 tanda suka di TikTok.

Sumber: TikTok

#Ammar Alfian #Gemuk #hiburan #Influencer #Sihat
;