Hiburan

“Ancaman Deepfake AI Wajah Artis Lebih Bahaya Daripada Mesej ‘Nakal’” - Nazrief Nazri

Gempak
04/09/2024
04:25 MYT
Sponsor Banner
“Ancaman Deepfake AI Wajah Artis Lebih Bahaya Daripada Mesej ‘Nakal’” - Nazrief Nazri

Waspada dengan ancaman deepfake pelakon Nazrief Nazri menganggap ia sebagai perkara yang cukup bahaya dan perlu diatasi pihak kerajaan.

Teknologi berbeza

Jelas finalis Hero Remaja 2012 itu, jenayah di era teknologi ketika ini cukup berbeza berbanding dahulu kerana ia berlaku tanpa disedari.

“Kalau sebelum ni saya kerap diganggu mesej nakal dari individu tidak dikenali, tapi sekarang trend deepfake pula yang makin merisaukan.

“Ia lebih bahaya daripada gangguan nakal di media sosial, saya anggap mereka semua budak-budak awal 20-an dan dah lali dengan semua itu.

“Saya selalu guna ChatGPT untuk bantu dalam lakonan dan rujukan filem, risau juga bila ada banyak kes penipuan AI kebelakangan ini, apa-apa pun cuma boleh berwaspada,” katanya ketika ditemui di majlis Pelancaran Platform Digital GIG Pempengaruh Tempatan ‘Influenstar Asia Dot Com’ yang berlangsung di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur pada Selasa.

Syukur masih dianggap relevan

Dalam pada itu, Nazrief turut meluahkan rasa syukur kerana dirinya masih dianggap relevan dalam industri seni tanah air walaupun pasaran ketika ini lebih memihak kepada golongan pempengaruh.

BERITA TRENDING: Isteri Kedua Didakwa Mahu Bolot Harta, Ini

​BERITA TRENDING: Luahan Hati Aisyah Hijanah Buat Netizen Sebak - “The Day I Got Married, Saya Ingat Dia Akan Jadi Milik Saya Selamanya…

​BERITA TRENDING: Tular Video Da’i Syed Betulkan Tudung Isteri

​BERITA TRENDING: Rita Rudaini Bengang Tajuk Artikel Petik 'Anak

“Mujur saya dah bina empayar dan pengaruh saya sejak dari awal pembabitan dalam industri, jadi tak perlu nak buat video viral yang merepek atau kurang sesuai demi tular semata-mata.

“Kalau ada pun saya akan buat video berkaitan diri saya sama ada pengisian tentang kecerdasan, bisnes, automatif dan lakonan.

“Jadi tak perlu nak terikut dengan trend yang memaksa untuk tebalkan muka, saya dah mulakan dari dulu lagi sebab sedar akan kepentingan pengurusan sosial media,” ujarnya.

Terdahulu, ramai selebriti dan pempengaruh tanah air menjadi mangsa terbaharu penipuan scammer yang menggunakan suara dan fotonya menerusi teknologi AI.

Antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Zizan Razak, Datuk Fazley Yaakob dan Khairul Aming.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar