Hiburan

Anggap Awin Nurin Sangat Istimewa, Izzue Islam Menangis Bila Terfikir Kalau Tidak Lagi Bersama Isteri Tercinta - “Seandainya Aku Pergi Dulu…”

Asyikin Mayudin
02/10/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
Anggap Awin Nurin Sangat Istimewa, Izzue Islam Menangis Bila Terfikir Kalau Tidak Lagi Bersama Isteri Tercinta - “Seandainya Aku Pergi Dulu…”
Tiada kata yang boleh digambarkan betapa sayangnya pelakon dan penyanyi Izzue Islam terhadap isteri iaitu Awin Nurin.

Sentiasa mahu bersama

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok @syanxrie, Izzue memberitahu hanya Tuhan sahaja mengetahui berapa banyak sayang dia terhadap isterinya.
Malah, Izzue atau nama penuhnya Muhammad Izzul Islam Mazlan juga berkata dia mahu setiap masa ada bersama isteri tercinta.

“Setiap masa, setiap saat… aku memang nak dia ada dengan aku. Kalau tanya berapa banyak sayang aku dekat dia, aku tak boleh nak cakap… aku pun tak tahu.

“Tuhan saja yang tahu berapa banyak sayang aku dekat dia,” kongsi Izzue.

Tak tahan sebak

Pada perkongsian yang sama, Izzue dilihat tidak dapat menahan rasa sebak apabila memikirkan sekiranya dia tidak lagi bersama Awin yang dianggap seorang sangat istimewa.

“Seandainya aku pergi dulu, tak tahu la… benda ini Allah yang susun kan. Aku nak, ada orang yang boleh melayan dia macam mana aku layan dia.

“Sebab Awin ini, dia special sangat tau. Dia manja sangat, dia ada banyak benda yang orang lain tak boleh buat, aku saja boleh buat. Jadi, kalau aku tak ada siapa yang nak buat,” luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Offer Jadi Madu, Nak Beri Zuriat! Ini Respon Isteri Izzue Islam - "Ketika Itu Saya Memang ..."

ARTIKEL BERKAITAN: "Forteen Tak Pernah Bergaduh Dengan Izzue Islam, Kami Masih Akrab" - Ameerais

ARTIKEL BERKAITAN: FFM32: Izzue Islam Tak Malu Kata Nak Menang, Tapi Tak Harap

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Sesekali Ambil Hak Orang”- Izzue Islam Dedah Kisah Sebenar Di Sebalik…

Izzue berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu di podcast ‘Bocey Comeback’ yang dikenali oleh Fad Bocey dan Achey Bocey baru-baru ini.
Untuk info, Izzue dan Awin mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 namun belum dikurniakan rezeki untuk memiliki cahaya mata.
@syanxrie oh to be loved by a MAN? @Izzue Islam @awin.nurin #foryou #fyp #fypシ ♬ No Surprises - Radiohead
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar