Pelakon Izzue Islam akui filem Hantu Ke Lima yang baru ditayangkan Khamis lalu turut menyelitkan pelbagai nasihat dan pengajaran.

Menurut Izzue, setiap filem atau cerita pasti mempunyai tauladannya tersendiri dan Hantu Ke Lima juga tidak terkecuali.

“Izzue tak boleh cerita banyak takut spoiler, tapi banyak juga pengajaran dalam filem ni.

“Antaranya jangan sesekali ambil hak orang. Kedua masuk tempat orang janganlah memandai-mandai.

“Selebihnya kenalah tonton,” katanya.

Tambah Izzue, filem ini juga mempunyai kelebihan tersendiri kerana ia dibarisi dengan pelbagai pelakon hebat baru dan lama.

“Antaranya termasuklah Raysha Rizrose, Pu Azman, Adibah Noor, Shiha Zikir dan ramai lagi,” katanya.

Izzue berkata demikian ketika sesi temu bual secara virtual di Gempak TV, baru-baru ini.

Anda boleh saksikan perbualan penuh Izzue bersama Aisar Khaled di bawah.

Untuk makluman, filem arahan pengarah Azhari Zain dan berdurasi 90 minit ini mengisahkan tentang Auni Qaisara Putri (Raysha Rizrose) mencari perlindungan setelah dianiaya oleh ibu tirinya Puan Sri Zaleha (Adibah Noor) dalam skim pelaburan saham yang merugikan.

Puncak Mahligai kediaman mewah peninggalan arwah ayah Auni yang dipelihara oleh Iskandar Syah (PU Azman) dan isterinya, Kam (Elly Mazlein) menyimpan seribu satu misteri.

Pada masa sama, TKO Studio yang diusahakan Taufiq (Aisar Khaled), Kent (Izzue Islam) dan Oya (Shiha Zikir) sedang dalam kejatuhan dan mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Puan Sri Zaleha dalam mempromosi Puncak Mahligai untuk menarik minat pelabur.

Namun mereka kemudian berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik.

Auni Qaisara Putri akan mempertahankan satu-satunya kenangan bersama arwah ayah dan ibunya di Puncak Mahligai.

Saksikan filem komedi seram, Hantu Ke Lima yang akan berada di ‘pawagam rumah anda’, Astro First hari ini.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.