Hiburan
Anggap Perjalanan 2024 Istimewa, Noki Kini Dalam Proses Perbaiki Diri - “Takut Dengan Apa Yang Berlaku…”
2024 memberikan satu perjalanan yang sangat berliku dan penuh pembelajaran kepada penyanyi rap serta ahli kumpulan K-Clique iaitu Noki.
Bergelut dengan diri
Syukur dapat tunai umrah bersama ahli kumpulannya, Noki memberitahu tahun 2024 juga dia banyak bergelut dengan diri sendiri kerana ingin berhijrah menjadi seorang muslim yang lebih baik.
“Tahun 2024 yang agak struggle tapi banyak benda baru yang saya belajar. Tahun ini juga sangat istimewa sebab saya dapat tunai umrah dengan K-Clique semua.
“Saya banyak bergelut dengan diri sendiri sebab nak perbetulkan diri. Saya tak nak kongsi lebih mendalam tapi lebih kepada diri sendiri,” kata Noki kepada Gempak.
Noki ditemui ketika malam konsert MeleTOP yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya pada Selasa.
Kesedaran
Dalam pada itu, Noki turut mendedahkan dia mendapat kesedaran selepas melihat apa yang berlaku sepanjang tahun 2024 terutama di Palestin.
“Banyak yang kita dapat lihat di sosial media… petanda besar pun kita nampak. Jadi, bagi saya dah tiba masa (untuk berubah). Situasi yang berlaku sepanjang 2024 juga beri kesedaran kepada saya.
“Takut dengan apa yang berlaku, siapa tak ada perasaan takut itu sangat bahaya. Saya lihat apa yang berlaku di Palestin, Masjid Al Aqsa… sekurang-kurangnya kita kena simpan rasa takut dalam diri.
“Bila ada perasaan takut itu, maksudnya dalam diri kita ada iman,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Noki K-Clique Tak Terburu-Buru Cari Jodoh, Mahu Wanita Yang Tegas & Susah Dipujuk - “Kalau Boleh Saya Kena…"
ARTIKEL BERKAITAN: Noki K-Clique Tidak Mahu Lakukan Adengan Bersentuhan Dengan Pelakon Bukan Muhrim - "Berlapik Boleh Tapi Ikutkan Hati Saya..."
ARTIKEL BERKAITAN: Panas Baran Noki Kini Dah Kurang - "Saya Cuba Dekatkan Diri Dengan Tuhan"
Noki turut berharap semua orang dapat mendoakannya untuk menjadi yang lebih baik di masa kelak.
“Insya-Allah doakan saya. Kita tak tahu apa yang akan jadi di masa hadapan. Saya tak boleh janjikan, tapi Insya-Allah saya akan cuba,” ujarnya lagi.
Must-Watch Video