Berita
Anggota Tentera Kem Terendak Dilaporkan Hilang Lebih Sebulan
Seorang anggota tentera dilaporkan hilang sejak 38 hari lalu selepas keluar dari rumahnya untuk melapor diri bertugas di Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka.
Hilang Sejak Jun Lalu
Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, Muhammad Fakrullah Nazri, 21, yang beralamat di Tanjung Minyak dikesan kali terakhir keluar dari rumahnya sejak 24 Jun lalu ketika sedang bercuti.
Menurutnya, mangsa telah berkhidmat selama dua tahun sebagai anggota tentera dan laporan kehilangannya dibuat oleh bapanya pada 20 Julai lalu.
Katanya, ketika keluar rumah mangsa menaiki sebuah motosikal nombor pendaftaran MBR 7230 Jenis Yamaha 135LC warna hijau.
"Mangsa dilaporkan keluar rumah pada jam 8.10 malam untuk melapor diri bertugas di kem berkenaan selepas tamat tempoh bercuti.
"Namun dia dilaporkan tidak hadir bertugas dan sehingga hari ini mangsa gagal dihubungi dan dikesan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Tambah beliau, kali terakhir mangsa keluar dengan berpakaian baju T berkolar warna biru dan seluar coklat, selain memakai kasut sukan.
Katanya, ciri fizikal mangsa adalah rambut pendek berwarna hitam, kulit hitam manis, badan kurus dan anggaran tinggi 172 sentimeter.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Sarjan Mejar Zulkeple Berahim di talian 010-505 2368 atau Balai Polis Tanjung Kling 06- 351 1222," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 3 Hari Hilang, Ini Gambar Terkini Albertine Leo Bersama Keluarga
ARTIKEL BERKAITAN: Berakhir Dengan Tragis & Kekal Misteri Hingga Kini… Ini Kes Kanak-Kanak Hilang Yang Pernah Gemparkan Negara
ARTIKEL BERKAITAN: Disangka Hilang, Budak 10 Tahun Rupanya Berjalan Ke Pusat Beli Belah
Sumber: Sinar Harian