Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Anna Jobling Terima Lagi Tiga Tawaran Di Indonesia Selepas Lembayung! - "Saya Tidak Sangka, Ini Peluang Besar"

Ernalisa 18/09/2024 | 09:25 MYT

Pelakon jelita Anna Jobling terus mencipta nama di Indonesia selepas tampil cemerlang menerusi naskhah arahan Baim Wong berjudul Lembayung yang akan secara rasminya ditayangkan pada 18 September 2024.

Kata Anna atau nama lengkapnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abd. Rahman, 24, selepas pembabitannya dalam Lembayung, dia menerima tiga tawaran filem baharu daripada produksi Indonesia.
BERITA BERKAITAN : Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada Netizen Beri Nasihat - “Jangan Galak Mengata Orang, Masing-Masing Ada Ujian”

BERITA BERKAITAN : Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

BERITA BERKAITAN : Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”
BERITA BERKAITAN : Long Weekend! 2.2 Juta Kenderaan Keluar Ibu Kota, Lebih Tinggi Dari Cuti Hari Raya

"Saya sangat terharu dan bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan oleh industri perfileman Indonesia.

"Selepas filem Lembayung, saya tidak menyangka akan menerima tawaran filem daripada tiga produksi berbeza di sini.

"Ini adalah peluang besar untuk saya kembangkan bakat dan karier di Indonesia.

"Saya berharap dapat memberikan lebih banyak karya yang bermutu, bukan sahaja kepada peminat di Malaysia tetapi juga di Indonesia. Ini adalah fasa baru dalam karier saya dan saya akan terus bekerja keras untuk mencapai kejayaan yang lebih besar," kata Anna.

Pelakon yang popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus ini turut berterima kasih kepada Baim Wong kerana membuka jalan untuknya di Indonesia.
Penerimaan dan layanan baik pemain industri di negara seberang katanya juga membuatkan pelakon berusia 24 tahun itu terasa dihargai.
“Baim bukan sahaja seorang pengarah yang berbakat, tetapi juga seorang mentor yang banyak membantu saya.
"Saya berterima kasih kepadanya kerana memberi peluang kepada saya untuk terlibat dalam projek yang besar seperti ini. Beliau benar-benar membuka pintu rezeki untuk saya di Indonesia," tambah Anna lagi.
Anna yang kini kerap berulang-alik antara Malaysia dan Indonesia melihat perkembangan kariernya sebagai satu langkah positif dalam mencipta nama di peringkat antarabangsa.
"Saya tidak pernah membayangkan sambutan hangat seperti ini. Pemain industri di sini sangat profesional dan peminat pula sangat penyayang. Mereka sangat menghargai saya, dan saya rasa sangat gembira dan bersyukur.
"Saya sangat terharu apabila peminat-peminat di sini bukan sahaja menyokong kerjaya saya tetapi juga meluangkan masa untuk meraikan hari lahir saya. Ia adalah satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan," tambahnya.
Lebih mengujakan, pada majlis tayangan perdana itu, peminat-peminat yang hadir turut meraikan ulang tahun Anna yang ke-24. Peminat-peminat memberikan pelbagai hadiah termasuk jambangan bunga, menjadikan acara itu lebih bermakna.
Selain sambutan daripada peminat, Anna juga berpeluang bertemu dengan beberapa nama besar dalam industri perfileman Indonesia seperti Christine Hakim, Prilly Latuconsina, Giorgino Abraham dan ramai lagi bintang terkenal turut hadir pada majlis tayangan tersebut.

#Ke #Jobling #Sayap #Ana #lebar #Seberang
;