Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Apa Hukum Lelaki Pakai Bearing Pada Kemaluan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

Amri Hassan 05/09/2024 | 11:20 MYT
Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai hukum lelaki memasang implan atau ‘bearing’ yang diperbuat daripada besi pada bahagian kemaluan.
Jelas Ustaz Azhar, umat Islam hendaklah bersyukur dengan nikmat yang sudah diberikan Allah dan menasihati agar tidak mengikut gaya hidup orang kafir.
Bagaimanapun, Ustaz Azhar berkata, diizinkan seseorang lelaki bergelar suami untuk berubat sekiranya mempunyai masalah pada alat sulit.
"Allah cipta manusia dengan cukup sifat. Kalau manusia sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, Allah akan tambahkan lagi nikmat. Kalau tak bersyukur, ditarik nikmat.
"Seandainya lelaki itu sakit, diizinkan berubat. Seperti mana sabda Nabi, jika sakit boleh berubat.
"Lelaki yang menjadi suami, perlu beri nafkah batin kepada isteri. Namun jika ada sakit lemah batin, maka berubatlah.
"Tetapi berubat jagan dengan cara yang haram mengikut cara orang putih (kafir) atau sebagainya," ujarnya.

BERITA TRENDING: Muat Naik Video Azal Cerita Tentang Kemaluan, Zarina Zainuddin Nafi Buka Aib Anak - “Saya Hanya Nasihat, Otak Korang Yang Lucah..”

Dalam pada itu, Ustaz Azhar mengingatkan tujuan sebenar umat Islam hidup di dunia adalah menjadi hamba kepada Sang Pencipta.
"Ingatlah, hidup dalam dunia bukan untuk seronok. Hidup kita menjadi hamba Allah. Namun di samping jadi hamba Allah, dibenarkan berseronok sekejap.
"Tetapi ingat, cara berseronok umat Islam berbeza dengan cara berseronok orang tiada agama. Bersyukur dengan apa yang Allah berikan, itulah kehidupan yang sebaik-baiknya," tambahnya.
undefined

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Selepas Alat Sulit Terkena Palang, Anthony Ammirati Ditawar RM1 Juta Untuk Tunjuk ‘Aset’ Dalam Laman Lucah

BERITA TRENDING: Bekas Suami Dewi Perssik Tunjuk ‘Anu’ Pada Lelaki, Paksa Buka Seluar

BERITA TRENDING: Kes Influencer Tunjuk Kemaluan, Bekas Kekasih Pempengaruh ‘Tebuk Quran’ Pilih Untuk Berdiam Diri - “Saya Masih Lagi Menjaga Aib Dia”

#Viral #Hukum #Ustaz Azhar Idrus #Lelaki #Kemaluan #Bearing
;