Hiburan

Aufahanie Kongsi Abang Luah Hasrat Mahu Berkahwin - “Nidza Afham Manusia Paling Baik, Paling Rapat”

Khairil Khusyairi
14/08/2024
14:21 MYT
Sponsor Banner
Aufahanie Kongsi Abang Luah Hasrat Mahu Berkahwin - “Nidza Afham Manusia Paling Baik, Paling Rapat”
Penyanyi Aufahanie berkongsi keperibadian Allahyarham abangnya yang juga penyanyi, Nidza Afham di media sosial.

Afham Seorang Yang Baik

Menerusi perkongsian di laman X pada Rabu, Aufahanie atau Aufahanie Mokhtar, 21, menyifatkan abangnya itu seorang yang berhati mulia yang pernah dia temui.

“He’s the most kindest person in this world.

“Bukan sebab dia abang saya, tapi memang dia lah manusia paling baik saya pernah jumpa.

“Kawan gelak, kawan nyanyi, nak pinjam itu ini, minta hantar ambil sana sini semua dia buat tanpa keluh. Ammm Ya Allah,” kongsinya.

Tempat Berkongsi Cerita

Tambah Aufahanie, dia dan Afham sangat rapat dan seorang yang sentiasa ada ketika berdepan apa jua masalah.
Malah, Aufahanie juga memaklum Afham adalah tempat untuknya mengadu dan berkongsi cerita.

“Dia lah yang saya paling rapat boleh share cerita boleh menangis sama sama kalau sedih.

“Dia lah tempat saya send video kelakar tiktok, setiap hari without fail.
“Selalu tolong saya walaupun dia penat, tak ada duit, tengah gaduh pun tetap tolong. Rajin. Baik. Semua,” ciapnya sedih.

Luah Hasrat Mahu Berkahwin

Dalam pada itu, Aufa turut memaklumkan abangnya itu berhasrat untuk mendirikan rumah tangga.

“Balik lah Am. Kau kata kau nak kahwin, baliklah,” ciap Aufahanie lagi.

Terdahulu, Afham yang aktif membuat persembahan dilaporkan hilang ketika keluar berjogging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri pada malam semalam.
Teman wanita mangsa akhirnya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang selepas gagal dihubungi.
Susulan itu, keluarga mangsa bergegas ke tempat kejadian turut menemui telefon bimbit dan dompet milik mangsa.
Terkini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang kira-kira jam 7 malam tadi adalah Nidza Afham.

ARTIKEL BERKAITAN: “Innalillahiwainnailaihirajiun, Allahuakbar,” - Kakak Nidza Afham

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat Lelaki Ditemui Di Sekitar Jambatan Sungai Klang, Dipercayai Nidza Afham

ARTIKEL BERKAITAN: Yakin Tiada Unsur Dendam, Ibu Harap Nidza Afham Ditemui Dalam Keadaan Selamat - “Saya Dah Puas Menangis Tapi Masih…”

ARTIKEL BERKAITAN: Kali Terakhir ‘Update’ Dekat Teman Wanita, Aufahanie Masih Aktif Cari Abang - “Dia Tak Tunjuk Apa-Apa Perilaku…”

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Gagal Dikesan Selepas Keluar Jogging, Aufahanie Mohon Bantuan Orang Ramai - "Lokasi Terakhir, Jambatan Sungai Klang"

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar