Berita
Aufahanie Minta Orang Ramai Berhenti Kongsi Gambar Arwah Nidza - “Sila Take Down…”
Penyanyi Aufahanie memohon agar orang ramai berhenti memuat naik gambar arwah abangnya, Allahyarham Nidza Afham yang ditemui meninggal dunia semalam.
Menurut Aufa, permintaan tersebut perlu dilakukan demi menjaga aib arwah abangnya.
Aufa dalam satu hantaran berkata, dia berharap agar orang ramai menghormati perasaan dan privasi keluarganya yang baru Sahaja kehilangan orang tersayang.
“Tolong. Tolong. Jangan share gambar arwah abang saya yang ditemui ke sosial media anda. Sila take down, hormati perasaan kami sekeluarga. Terima kasih”, katanya.
Luah rasa sedih
Selain itu, Aufa turut meluahkan rasa pilu dan sedihnya di akaun Instagram miliknya sebelum arwah Nidza dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Felda Bukit Cherakah, petang ini.
Melalui luahan berkenaan, Aufah berkongsi rasa sedih dengan orang ramai, menggambarkan betapa beratnya kehilangan orang yang disayangi, selain mendoakan agar arwah abangnya pergi dengan tenang walaupun ia berat buat mereka sekeluarga.
“Ini adalah kali terakhir kami untuk berjumpa Am. Kami cuba kuat untuk kau pergi dengan tenang. Sikit lagi ya”, jelasnya.
Sebelum ini, bedah siasat telah dilakukan ke atas mayat Nidzha sebelum dituntut keluarga sebelum dikebumikan.
BERITA TRENDING: Keluarga Allahyarham Mohon Semua Pihak Hormat Keputusan, Ucap Terima Kasih Buat Yang Mendoakan Nidza Afham
BERITA TRENDING: Bedah Siasat Selesai, Jenazah Nidza Afham Akan Dikebumikan Selepas Solat Asar
BERITA TRENDING: Aufahanie Sebak Lihat ‘Wallpaper HP’ Arwah Abang Letak Gambar Keluarga - “Sekarang Polis Masih Siasat Untuk Tahu Ada Unsur Jenayah Atau Tidak”
BERITA TRENDING: Nidza Afham Dalam Proses Kumpul Duit Kahwin - “Tapi Saya Tak Tahu La Perancangan Itu Bila…”
Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang kira-kira jam 7 malam semalam adalah Nidza Afham.