Hiburan
Awie Makan Durian Pakai Sudu, Netizen Terhibur Bila Roy Azman Sempat ‘Membahan’ - “Pertama Kali Tengok Macam ini…”
Perkongsian video di TikTok pelakon Roy Azman yang memperlihatkan penyanyi rock Malaysia iaitu Datuk Awie makan buah durian menarik perhatian wargamaya di laman sosial.
Roy Gelakkan Awie
Menerusi perkongsian video, Roy berkata dia tidak pernah melihat orang makan buah durian seperti Awie yang menggunakan sudu.
“Entah Melayu mana… makan durian (pakai sudu). Pertama kali tengok macam ini,” kata Roy sambil ketawa.
Rata-rata netizen terhibur apabila Roy sempat ‘membahan’ vokalis kumpulan rock Wings tersebut selain terdapat juga antara mereka yang memilih untuk menggunakan sudu kerana tidak mahu bau melekat.
“Saya pun makan durian dengan sudu, garfu kerana tak nak jari bau durian.
“Tapi betul la… tangan kalau dah lekat dengan durian, esok baru hilang. Dia kena dua kali mandi, satu malam, satu pagi.
“Member sejati kalau membahan macam ini… tapi tak simpan dalam hati punya,” komen beberapa netizen di perkongsian tersebut.
undefined
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut sudah mendapat lebih 2 juta tontonan, lebih 100,000 tanda suka dan hampir 3,000 komen.