Hiburan

Azam 2025 Tercapai! Cik B Dah Jumpa ‘Kawan Sekufu’ - “Kita Ada Qadejah Anak Datuk Aliff Syukri, Alyssa Dezek & Ara Aziz”

Asyikin Mayudin
01/02/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
Azam 2025 Tercapai! Cik B Dah Jumpa ‘Kawan Sekufu’ - “Kita Ada Qadejah Anak Datuk Aliff Syukri, Alyssa Dezek & Ara Aziz”
Anak kepada usahawan Datuk Seri Vida, Cik B berkongsi video dia meluangkan masa bersama tiga rakannya, iaitu penyanyi dan pelakon, Alyssa Dezek dan Ara Aziz dan anak kepada usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra.

Azam tercapai

Menerusi perkongsian di TikTok, Cik B sempat berseloroh mengatakan dia akhirnya dapat kawan ‘sekufu’ selain meluahkan rasa gembira kerana salah satu azam tahun barunya tercapai.

“Saya ada kawan sekufu dah sekarang. Kita ada Qadejah, anak Datuk Aliff Syukri, Alyssa Dezek dan kita ada Ara Aziz, ‘No Gadget, No Problem’.

“Jadi 2025, azam saya nak dapat kawan sekufu dan tercapai. Tapi sayangnya semua macam keanak-anakan,” katanya sambil berseloroh.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Nak Ke Anak Nampak Cantik…” - Netizen Mula Bandingkan Qadejah & Cik B, Mahu Datuk Vida Buat Sesuatu

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Video Pakai Jubah Graduasi & Mortar Board, Cik B Sudah Tamatkan Pengajian?

Difahamkan, mereka meluangkan masa bersama ketika bercuti di Cappadocia, Turki dan video yang dimuat naik Cik B diambil semasa menunggu penerbangan pulang ke Malaysia.

Tawar diri

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian Cik B malah ada juga antara mereka yang menawarkan diri untuk berada dalam kumpulan itu.
“Kalau yang sekufu macam ni, makanan siapa bayar? hahahaha

“Basic RM1.5K boleh join tak circle ni?

“Saya nak masuk circle Cik B sorang,” komen beberapa netizen.
@cikb_havoc Sefuku sangat #cikb #fyp #viral #sekufu #friends ♬ original sound - cikb_havoc66
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024