Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Baby Boy! Ayu Raudhah, Zaquan Adha Selamat Timang Cahaya Mata Ketujuh

Khairil Khusyairi 04/08/2024 | 03:55 MYT

Pelakon Ayu Raudhah selamat melahirkan bayi ketujuh di sebuah pusat perubatan swasta di Negeri Sembilan pada jam 12.57 tengah hari, Jumaat.

Baby Boy!

Berita gembira tersebut dikongsi suami Ayu iaitu Zaquan Adha menerusi perkongsian di Instagram (IG).

“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 12.57 tengahari pada 2 Ogos 2024.

“Welcome to the world my baby boy,” coret Zaquan.

Hari Jadi Zaquan

Apa yang membuat lebih istimewa, Zaquan turut menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-37 pada Sabtu.

Untuk rekod, pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka diserikan dengan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan anak keenam yang berusia setahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Zaquan Adha Bukan Menangis Sebab Tak Sambung Kontrak, Tapi Rupa-Rupanya Kerana ...

ARTIKEL BERKAITAN: “Jika Kamu Rasa Ujianmu Sebesar Kapal, Ketahuilah…” - Ayu Raudhah Beri Semangat Kepada Zaquan Adha

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila Tengok Awak Lawan Sakit Bertarung Nyawa…” - Sentiasa Di Sisi, Zaquan Adha Hargai Pengorbanan Isteri Bersalin Anak Keenam

ARTIKEL BERKAITAN: “Selagi Muda Kita Kumpul Anak Ramai” - Ayu Raudhah Sah Hamil Anak Ke-6, Dah 5 Bulan!

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Zaquan Adha Titip Ucapan Khas Sempena Birthday Ayu Raudhah, Bagi Hint Isteri Hamil Anak Ke-6?

#pelakon #Ayu Raudhah #Zaquan Adha #Bayi #Lelaki #Anak Ketujuh
;