Laman Utama

“Baby Kai Telah Pun Selamat Dilahirkan” - Yonnyboii & Isteri Timang Cahaya Mata Lelaki Sulung

Asyikin Mayudin
20/07/2023
02:42 MYT
Sponsor Banner
“Baby Kai Telah Pun Selamat Dilahirkan” - Yonnyboii & Isteri Timang Cahaya Mata Lelaki Sulung
Isteri kepada penyanyi rap Yonnyboii iaitu Nik Nazira Narriman selamat melahirkan cahaya mata lelaki pertama pada hari Awal Muharram iaitu Rabu.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Yonny menerusi kemas kini di Instagram miliknya pada pagi Khamis.
Pada perkongsian yang sama, pelantun lagu Sakit itu memanggil namanya anaknya dengan Baby Kai yang dipercayai nama bayi berkenaan iaitu Kairo.
“Alhamdulillah, Awal Muharram semalam (Rabu) putera saya baby Kai telah pun selamat dilahirkan,” kongsinya.
Dalam pada itu, Yonny turut memuat naik beberapa keping foto isterinya sedang terbaring di katil hospital sambil ditemani bayi mereka di sisinya.
Terdahulu, Yonny dan isteri dilihat sempat berkongsi momen mereka menghadiri majlis tayangan filem Barbie beberapa jam sebelum bersalin.
Untuk rekod, Yonny dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021.
ARTIKEL BERKAITAN: "Barang Baby Ada Dalam Kereta Dan..."-Yonnyboii Tunggu Hari Timang Baby Boy!
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Yonnyboii Jawab Pertanyaan Netizen Mengenai Perkenalan Dengan ‘Ex Boyfriend’ - “Minta Kebenaran Suami & Bekas Kekasih Sebelum…”
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar