Laman Utama

"Barang Baby Ada Dalam Kereta Dan..."-Yonnyboii Tunggu Hari Timang Baby Boy!

gempak
Syafiqah Jalal
15/07/2023
03:45 MYT
Sponsor Banner
"Barang Baby Ada Dalam Kereta Dan..."-Yonnyboii Tunggu Hari Timang Baby Boy!
Penyanyi rap, Yonnyboii, 24, jangka bakal menimang cahaya mata sulungnya tidak lama lagi.
Kata Yonnyboii atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin dia dan isterinya Nik Nazira Narriman yang kini hamil sembilan bulan sudah melakukan persiapan untuk menyambut bayi mereka.
"Kami kini dalam keadaan bersiap sedia saja menanti masanya bayi dilahirkan.
"Malah, segala persediaan seperti pakaian ibu, barangan keperluan bayi dan sebagainya untuk ke hospital sudah saya siapkan di dalam kereta. Sekiranya Nazira dah rasa sakit nak bersalin, kami akan terus ke hospital saja," katanya kepada Gempak.
Yonny memberitahu , selama isterinya dalam proses hamil, dia mengambil pendekatan memperlahankan karier seninya.
"Sejak isteri disahkan hamil, saya memang memperlahankan karier seni dan masa kami banyak duduk di rumah saja.
"Tapi, apabila isteri dah sarat hamil, doktor pun galakkan agar dia banyak berjalan bagi memudahkan proses kelahiran nanti.
"Kami sebenarnya tak keluar selalu dan hanya sekali-sekala saja apabila saya ada acara atau majlis hiburan yang perlu dihadiri.
"Lagipun, kalau asyik duduk di rumah pun akan bosan nanti. Sebab itu, ada masa sesuai kami tetap keluar juga," katanya.
Mengulas pula jantina anak, Yonny berkata dia dan isterinya bakal menimang cahaya mata sulung lelaki.
Mereka juga sudah ada nama yang dipilih dan satu lagu istimewa untuk bayi pun dah siap dihasilkan.
"Doakan urusan kelahiran anak kami dipermudahkan dan berjalan lancar. Saya harap isteri juga dapat bersalin secara normal. Sekarang, saya sangat teruja untuk bergelar seorang ayah," katanya.
Yonny dan Nazira bernikah pada 20 November 2021 selepas sebulan mereka mengikat tali pertunangan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024