Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Bagasi Tak Lepas Kaunter Check-In, Aliff Syukri Rugi Ribuan Ringgit Disebabkan Urusan Bisnes Luar Negara Tergendala

Gempak 03/06/2024 | 04:55 MYT

Usahawan dan selebriti media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa terhadap sebuah syarikat penerbangan kerana mendakwa dirinya dan kakitangan lain mengalami kesukaran untuk mendaftar masuk 10 bagasi yang dibawa.

Bagasi

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff berkata, daripada 10 bagasi yang dibawa untuk didaftar masuk, namun, hanya lapan sahaja yang berjaya diproses.

“Awal-awal lagi staff saya dah maklumkan tiket saya fast lane sebab ambil flatbed, mula-mula staf AA tak nak layan suruh self check-in. Kena muka saya sampai depan kaunter baru diorang layan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Ada Monyet, Tak Ada Kera Macam Kami Ni Tak Ceria Malaysia” - Aliff Syukri

“Macam ni ke layanan AA, adakah ini memang teknik untuk raih keuntungan tepi tetapi atas penderitaan orang lain? Cuba bayangkan benda yang sama berlaku kepada orang susah yang kurang berkemampuan, saya kesian dengan kezaliman yang berlaku.

“Kalau kami lambat faham lagi, tetapi kami tak terlambat dan cara layanan staf pun tidak memuaskan. Lepas ni memang taklah nak naik AA bukan ini pengalaman ketiga saya bad experience dengan AA,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.

Bisnes

Menerusi penerangannya itu, Aliff berkata, dia mengalami kerugian yang besar gara-gara urusan perniagaannya di luar negara tergendala.

“Disebabkan dua beg tak lepas saya kerugian ribuan ringgit… urusan business di luar negara tergendala. Dah kami kena keluarkan kos lain kena pos dua beg yang tidak diproses di kaunter baggage check in.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri Disaman RM70 Juta Kerana Memfitnah Bekas Menteri?

“Saya bukan suka-suka nak pilih naik AA dah cuba nak elakkan. Tapi disebabkan timing dan tempat yang saya nak pergi ni hanya itu pilihan masa dan tarikh sesuai, flight lain tak ada yang kena dengan masa saya. Biasalah orang business masa tak menentu,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Aliff sempat memberi nasihat mengenai perniagaan jika ia melibatkan bahagian perkhidmatan.
“Saya ni bukan apa, saya terfikir macam mana kalau orang yang susah berada dalam situasi saya. Kalau mana yang nak balik kampung orang susah, student yang senasib dengan saya mesti sedih dengan apa yang berlaku.
“Business perlulah berlaku jujur dan service terbaik jangan sampai menzalimi orang lain. Saya pun tertekan dengan apa yang berlaku apatah lagi kalau orang susah yang tersepit dengan situasi masalah kewangan nak cover kerugian semua ni.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad Anggap Kehadiran Aliff Syukri Dalam Industri Ibarat Warna - “Orang Macam Dia Tetap Akan…”

“Layanan dekat dalam flight okay lah pramugara pramugari sapa saya, tapi dalam hati agak kecewa layanan diterima dibawah. Saya ni sebenarnya bila nak guna servis pemilik orang Malaysia nak rasa bangga guna servis tempatan yang diberikan sebab ada anak tempatan yang berjaya dalam perniagaan penerbangan ni. Servis macam inikah yang kita pamerkan kepada orang luar? Habis kerana nila setitik rosak susu sebelanga rosak nama,” tutup Aliff.

Sumber: Instagram

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

#Aliff Syukri #Rugi #Penerbangan #Perniagaan #Bagasi
;