Viral
Bahasa Melayu, Inggeris, Rusia… Si Cilik 6 Tahun Ini Mampu Bertutur 17 Bahasa!
Video keletah kanak-kanak berusia enam tahun ini mengira dan bertutur dalam pelbagai bahasa bersama datuknya mencuit perhatian netizen.
Video berdurasi 3 minit 48 saat itu mula menjadi tular selepas ia kali pertama dimuat naik di akaun TikTok @sarmilakrishna87.
17 bahasa
Mana tidaknya dalam umur sekecil itu, M Chatriyan sudah mampu mengira dan bertutur bukan dalam satu atau dua bahasa, tetapi 17 bahasa.
Bapanya, M Moganasuntharan, 37, mengakui anak sulong daripada dua beradik itu dalam proses menguasai 17 bahasa antaranya Melayu, Arab, Inggeris, Indonesia, Jepun, Sepanyol, Urdu, Tamil, Korea dan Rusia.
“Memang sejak umur Chatriyan dua tahun, dia telah didedahkan dengan bahan bacaan dan aplikasi mengira dalam pelbagai bahasa.
“Jadi sekarang dia ketagih untuk menulis, mengira dan membaca kerana setiap masa di tangannya mesti ada kertas kosong dan juga pensil,” katanya yang bekerja sebagai akauntan.
Tambahnya lagi, Chatriyan tidak suka bermain dengan peralatan permainan seperti kanak-kanak lain seusianya, sebaliknya dia lebih suka menelaah bahan bacaan dan menulis huruf untuk diingati.
“Kawan rapatnya adalah buku dan alat tulis, memang kami tidak galakkan dia bermain permainan video di telefon bimbit sebaliknya kami dedahkan dengan menonton program pembelajaran seperti ‘Dualinggo ABC’ dan serta menyertai kuiz yang menguji minda,” katanya kepada Sinar Harian.
ARTIKEL BERKAITAN: INNOVATHON 2: Peserta Cilik Berusia 14 Tahun Ini Bawa Prototaip Nutri Eco Soil, Tanah Organik Sisa Makanan
ARTIKEL BERKAITAN: Harumkan Nama Malaysia, Atlet Muda Sabah Ini Juarai Acara Lari Berpagar Di Australia
ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Viral Cover Lagu Dawai, Iman Darwasy Teruja Hiburkan Orang Pahang! - "Ini Kali Pertama Saya ..."
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Netizen Tak Tahan Gelak Tengok Gambar Yang Peminat Cilik Ini Bawa Untuk Ditandatangan Aina Abdul
ARTIKEL BERKAITAN: Berwajah Baby Face, Fimie Don ‘Terasa Hati’ Dikritik Tak Layak Bawa Watak Lelaki Dewasa! - "Macam Harry Potter, Sampai Sekarang ..."
Mogan mengakui anak lelakinya itu mempunyai daya ingatan yang tinggi hinggakan dia dan isteri perlu merujuk semula setiap perkataan dan suku kata baharu yang dituturkan.
“Apa yang menakjubkan setiap perkataan dan ayat yang hendak dibina Chatriyan menepati bahasa sebenar," ujarnya.
Kini video berkenaan yang turut dikongsi ke sebuah akaun Facebook mendapat 116,000 tanda suka, dengan 14,000 perkongsian dan sudah ditonton 5.1 juta kali sejak dimuat naik 18 Julai lalu.
Sumber: Sinar Harian menerusi Astro Awani