Viral
Harumkan Nama Malaysia, Atlet Muda Sabah Ini Juarai Acara Lari Berpagar Di Australia
Atlet cilik yang berasal dari Tawau, Sabah, Nurelfira Umaira Mohd Yusof cipta sejarah apabila berjaya meraih kemenangan dalam acara larian berpagar 80 meter dalam kejohanan 'WA State Track & Field Championship 2024' di Perth, Australia.
Rakaman video acara larian berpagar tersebut telah tular di media sosial dan berjaya menarik perhatian orang ramai.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh sebuah syarikat media Pakistan, dapat dilihat pelari pecut muda negara yang bertubuh kecil itu berjaya menewaskan pelari-pelari yang mempunyai bentuk fizikal lebih sasa daripadanya.
Berita Trending: Niat Nak Guna Aplikasi JPJ, Wanita Terperanjat Gambar Lesen Bukan Diri…
Sementara itu, menjengah ke ruangah komen, rata-rata netizen kagum dengan aksi yang dipamerkan Nurelfira kerana telah membuktikan bahawa tubuh fizikalnya yang lebih kecil berbanding pesaing tidak menjadi penghalang untuk dirinya meraih kemenangan.“Tahniah di atas persembahan yang cemerlang, teruskan usaha!
"Inilah kelebihan mempunyai fizikal kecil, badan jadi ringan dan lincah.
"Alhamdulillah, hebat. Walaupun bertudung (tapi) laju dan pantas,” komen beberapa netizen.
Memetik laporan Harian Metro, Nurelfira telah berjaya mencatat masa larian yang mengagumkan, iaitu 13.10 saat.
Bagaimanapun, Nurelfira berkongsi tempat kedudukan bersama atlet tuan rumah, Zoe Daby (13.11s), meskipun catatan masanya dengan atlet itu hanya berbeza 00.01 saat.
Sementara itu, tempat kedua menjadi milik Aaliyah Garbin dengan catatan masa 13.26s sementara Miia Velthuysen yang melakukan 13.69s berada muncul pemegang nombor tiga. Kedua-dua peserta berkenaan dari Australia.
Terdahulu, pelajar Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh itu turut muncul selaku pelari terpantas ketika aksi saringan pertama dengan catatan 13.43s untuk mengalahkan lima lari atlet tuan rumah sekaligus gus membawa dirinya ke pentas final.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video