Viral

Baling Kerusi, Tarik Rambut, Sumbat Kertas Dalam Mulut, Guru Mengaku Salah Didenda RM4,900

Gempak
08/02/2025
08:55 MYT
Sponsor Banner
Baling Kerusi, Tarik Rambut, Sumbat Kertas Dalam Mulut, Guru Mengaku Salah Didenda RM4,900
"Ini bukan cara untuk mendisplinkan pelajar, kamu patut menjadi contoh kepada mereka tapi bukan dengan cara sebegini."
Demikian nasihat Majistret Suzana Mokhtar terhadap guru lelaki yang mengaku bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan ke atas empat pelajar termasuk membaling kerusi, menarik rambut dan menyumbat gumpalan kertas dalam mulut.

BERITA TRENDING: Guru Kelas Zayn Rayyan Dengar Ismanira Seakan Jerit ‘Ini Salah Mummy’

BERITA TRENDING: Pencuri Tulis Pesan Buat Guru Lepas Curi Barang Sekolah: “Saya Minta Maaf, Saya…”

Mohd Shapril Ahmad, 39, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas empat pertuduhan, membuat pengakuan itu sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM4,900 terhadapnya.
Selain itu, mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara 13 bulan sekiranya gagal membayar kesemua denda dikenakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, bapa kepada empat anak itu didakwa dengan sengaja mencederakan tiga pelajarnya berusia 14 tahun dengan menampar muka dan membaling kerusi ke arah mangsa.
Ketiga-tiga kejadian berlaku dalam kelas di sebuah sekolah menengah dalam daerah ini, pada jam 8.30 pagi, 13 November tahun lalu.
Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Untuk pertuduhan keempat, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah ke atas pelajar berusia 14 tahun dengan memukul belakang kepala, menarik rambut dan memasukkan gumpalan kertas ke dalam mulut.
Perbuatan tertuduh berlaku di kelas berasingan pada 8.30 pagi, 6 November tahun lalu dengan dia didakwa mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan iaitu penjara sehingga tiga bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya.

BERITA TRENDING: Murid Ditampar Guru Terpaksa Ulang-Alik Ke Hospital Akibat Gegaran Jokle

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, ibu bapa keempat-empat pelajar terbabit menerima panggilan daripada pengetua memaklumkan anak mereka dipukul oleh guru iaitu tertuduh.

BERITA TRENDING: Guru Sains Buat Eksperimen, 4 Murid Cedera Disambar Api

Siasatan polis mendapati kejadian terbabit berlaku ketika tertuduh berada dalam kelas sedang mengajar mangsa.
Selepas dimaklumkan perkara itu, ibu bapa mangsa bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar kerana bimbang keselamatan anak mereka.
Susulan laporan itu, tertuduh ditahan pada jam 3 petang 14 November tahun lalu bagi membantu siasatan mengenai kejadian itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Amieerah Alludeen manakala tertuduh diwakili Nurain Sakina Zakri daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Sumber: Harian Metro
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024