Berita

Murid Ditampar Guru Terpaksa Ulang-Alik Ke Hospital Akibat Gegaran Jokle

gempak
Gempak
24/01/2025
02:25 MYT
Sponsor Banner
Murid Ditampar Guru Terpaksa Ulang-Alik Ke Hospital Akibat Gegaran Jokle
Seorang wanita mendakwa anak lelakinya yang berusia 12 tahun cedera akibat ditampar dan ditumbuk guru sendiri sehingga mengalami gegaran koklea.
Ibu, Syahmina Mohd Azim, 39, berkata, keadaan anaknya kini terpaksa berulang-alik sejauh 35 kilometer dari Bagan Serai ke Hospital Taiping bagi menerima rawatan.

"Kejadian berlaku 10 Disember lalu apabila anak saya dikatakan tersentuh belakang guru tersebut ketika terjatuh akibat tersandung kaki rakan sekelasnya pada sesi kelas reka bentuk dan teknologi (RBT).

"Disebqbkan itu anak saya ditampar dan ditumbuk guru itu.

"Hiba hati ini apabila anak saya diperlakukan sebegini malah tiada jawapan diterima kenapa dia melakukannya melainkan permohonan maaf. Pihak sekolah pun masih berdiam lagi mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Menurut suri rumah itu, dia bimbang masa depan anak bongsu daripada dua beradik itu menjadi pelapis perenang negara musnah berikutan peluang untuk sembuh hanya 50 peratus.
Tambahnya, penampilan sulung pelajar itu untuk beraksi di pentas antarabangsa di Bangkok, Thailand Julai ini juga turut lebur.
"Daripada usia dua tahun dia belajar berenang dan mula menjalani latihan intensif sejak enam bulan lalu, malah dia mempunyai ID Malaysia oleh Persekutuan Renang Malaysia.
"Tetapi kini usaha yang dibina bertahun-tahun musnah sekelip mata. Pelbagai rawatan dilakukan malah setiap hari mengambil ubat tahan sakit bagi mengurangkan rasa pening, muntah serta hidung berdarah," katanya.
Syahmina berkata, laporan polis telah dibuat pada 29 Disember lalu bagi tindakan selanjutnya dan satu sidang media akan dilakukan pada Jumaat bersama pihak peguam.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat ketika dihubungi memaklumkan satu siaran akhbar akan dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian dalam masa terdekat.
Sumber:Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024