Berita
Banjir Kelantan: “Ini Bukan Pesta” - Polis Nasihat Orang Ramai Tidak Bawa Anak Kecil Untuk Lihat Paras Air Sungai
Polis menasihatkan orang ramai yang berhasrat membuat tinjauan paras air Sungai Kelantan di Tambatan D'Raja, Kota Bahru, Kelantan agar sentiasa berwaspada dan tidak membawa anak kecil semasa membuat tinjauan.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata penduduk tempatan sering menjadikan amalan memantau paras air sungai itu sebagai acara tahunan di musim tengkujuh, dan beliau mengingatkan bahawa dengan hanya kesilapan sedikit saja, ia boleh menyebabkan kecelakaan.
"Nasihat saya jangan bawa anak-anak kecil ke kawasan dinaiki air semata-mata untuk melihat keadaan paras air sungai, kita tidak mahu banjir yang melanda Kelantan sekarang dijadikan sebagai "pesta" bermain air walaupun di kawasan cetek berhampiran rumah," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata selain terdedah bahaya dihanyutkan arus, mereka juga terdedah kepada kemungkinan digigit haiwan berbisa yang ada di dalam air.
BERITA TRENDING: “Bukan Takut Tapi Saya Hormat Isteri” - Aliff Syukri Tolak Tawaran Berlakon Jadi Bapa Pelacur
BERITA TRENDING: Rogol Kekasih Usia 13 Tahun, Ronaldo Diarah Jalani Khidmat Masyarakat 240 Jam
BERITA TRENDING: Comel! Buat Trend ‘2025 Umur Berapa?’ Di TikTok, Netizen Tak Percaya Usia Fify Azmi Dah 35 Tahun - “Serius La? Nampak Macam 20-an Je”
BERITA TRENDING: Faizal Tahir Dipilih Nyanyikan Lagu Tema M6 World Championship 2024 Berjudul Perjuangan Takkan Tamat
"Polis akan menjalankan rondaan bagi menasihatkan orang ramai agar tidak bermain air dan menjadikan musim banjir sebagai pesta," katanya.
Sumber: Astro Awani menerusi BERNAMA
Must-Watch Video