gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Ada Orang Memang Suka Ajak Orang Lain Kutuk Orang Secara Terbuka Ya? Kecilnya Mentaliti" - Uyaina Arshad
BERITA
“Saya Mimpi Ayah Cakap Jangan Sedih, Jaga Kakak Dari Jauh” - Anak Mangsa Kemalangan Sungai Korok
VIRAL
Kongsi Rutin Pagi, Netizen Kurang Senang Tengok Pakaian & Bentuk Kaki Andika Putera - “Tahajud Semua Elok Dah, Kenapa Pakai…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Luah Rasa Nak Buka Tudung, Nad Zainal Ada Berbual Dengan Kilafairy - “Saya Terkejut Apabila Dia…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
07/07/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Luah Rasa Nak Buka Tudung, Nad Zainal Ada Berbual Dengan Kilafairy - “Saya Terkejut Apabila Dia…”
Luahan pelakon dan penyanyi Kilafairy yang mengakui imannya sedang bergolak sehingga ada terdetik ingin membuka tudung turut mendapat perhatian rakan selebriti iaitu aktres Nad Zainal.

Lalui fasa yang sama

Anggap setiap wanita bertudung melalui fasa yang sama, Nad memberitahu dia ada berhubung dengan Kilafairy untuk berbual mengenai isu tersebut selain turut mendoakan sahabatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terdetik Rasa Nak Buka Tudung, Tapi Kilafairy Masih Ingat Allah - "Iman Turun Naik, Biasalah Manusia”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sokong Sekolah Mahal Lebih Bagus, Nad Zainal Hantar Anak Ke Sekolah Kerajaan - "Pendidikan Awal Di Rumah Lagi Penting"

"Saya terkejut apabila dia muat naik perkongsian tersebut di Threads. Saya kawan dia dan tak mahu komen lebih.

"Tetapi saya percaya semua orang ada masalah yang sama (susah istiqamah). Saya yakin setiap orang ada ‘struggle’ masing-masing.

“Cumanya Kila seoarang selebriti dan dia muat naik perkara itu dapat perhatian ramai. Saya ada cakap dengan Kila supaya sabar dan kuat kerana setiap wanita berhijab akan melalui tempoh itu.
“Saya tahu dia kuat dan mampu harungi ujian ini. Saya harap dia buat keputusan yang betul,” kata Nad ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

Ibu minat Kilafairy

Dalam pada itu, pelakon berusia 35 tahun ini turut memaklumkan ibunya sangat meminati Kilafairy atau nama penuhnya Syakila Nisa Jahangir Khan.

"Mak saya merupakan peminat Kila, mak pernah cakap dia suka tengok pelakon wajah seksi macam Kila. Mak selalu puji Kila dalam TV cakap cantik orangnya.

"Tapi waktu itu saya masih tidak berkawan lagi dengan Kila. Tetapi selepa mengenali Kila dia adalah orang yang baik,” katanya.
Sebelum ini, perkongsian Kilafairy yang mengakui dia ada terdetik untuk membuka tudung namun mahu terus kuat istiqamah mendapat perhatian netizen di Threads.
Bagaimanapun Kilafairy ketika dihubungi Gempak berkata imannya ada turun dan naik namun bersyukur kerana mendapat kekuatan daripada Allah.
Topic Berkaitan
#Nad Zainal
#Buka Tudung
#Kilafairy
#Luahan
#Luahan Kilafairy
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement