Sukan

Bapa Faisal Halim Mohon Doakan Anak -“Saya Harap Orang Yang Niat Buat Dekat Dia Dapat Hidayah”

Mya Amri
09/05/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Bapa Faisal Halim Mohon Doakan Anak -“Saya Harap Orang Yang Niat Buat Dekat Dia Dapat Hidayah”
Bapa kepada bintang bola sepak negara, Faisal Halim iaitu Halim Saad reda dengan insiden yang menimpa anaknya pada Ahad lalu.

Harap pelaku diberi hidayah

Bagaimanapun, Halim berharap agar Allah memberikan petunjuk kepada pesalah dan perancang yang menyerang anaknya dengan menyimbah asid sehingga mengakibatkan Faisal bertarung nyawa akibat kejadian itu.
“Saya berserah, saya reda, mungkin ada hikmah disebaliknya walaupun orang menganggap ini sebagai kifarah dia.

“Saya terima saya reda, kita orang Islam. Cuma saya harap orang yang niat buat dekat dia tu moga moha Allah bagi hidayah sekiranya dia orang Islam.

“Supaya Allah buka pintu hati dia, dia buat satu kesilapan yang besar sebagai seorang yang Islam,” ujar Halim menerusi satu video temu bual bersama Malaysia Gazette.
Tambah Halim lagi, dia berharap anaknya itu tidak patah semangat dan kembali bangkit seperti sediakala.
“Rasa-rasanya dia tak ada musuh siapa siapa sebab dia tak pernah nak berselindung, nak lari lari dari pada orang, tak ada. Dia tak ada musuh.
“Sekarang ini saya mahu dia kuatkan diri, insya-Allah kita pakat pakat doa. Terima kasih pada pihak bertanggungjawab ambil serius kes ini dan soal siasat cari pelaku itu. Apa pun kita serahkankan kepada pihak berkuasa,” katanya.

BERITA TRENDING: Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera

Terdahulu, Faisal mengalami lecur tahap empat selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali sewaktu membawa anak dan isterinya ke sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.
Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan Mickey telah selamat menjalani pembedahan kali kedua yang dijalankan pada Selasa malam.

BERITA TRENDING: Terkini: Faisal Halim Dah Mula Jamah Makanan, Cuba Latihan Ringan

Sementara itu, memetik laporan media tempatan, Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang sempat melawat Faisal di hospital memaklumkan pemain itu sudah sedar dan mula menjamah makanan.
Selain Faisal, dua orang lagi pemain bola sepak turut berdepan insiden tidak diingini iaitu Akhyar Rashid dan Safiq Rahim.

BERITA TRENDING: Akhyar Rashid Cedera Dibahagian Kepala, Dipukul & Disamun

BERITA TRENDING: Safiq Rahim Diserang Penjenayah, Cermin Kereta Dipecahkan Guna Tukul Besi

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar