Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar, mengesahkan Faisal Halim sudah dibenarkan untuk makan dan cuba untuk melakukan latihan ringan sendiri.

Melalui wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, ketika menemubual berkenaan keadaan semasa Faisal yang semakin positif dan bersemangat membuat persediaan menghadapi Liga Malaysia yang akan bermula Jumaat ini.


Faisal sudah boleh makan

Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Emir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebentar tadi mencemar duli menziarahi Faisal di hospital sejak kejadian disimbah asid Ahad lalu.

"Saya difahamkan semasa melawat bersama RMS, Faisal Halim sudah boleh makan dan sudah bersemangat untuk melakukan latihan sendiri.

"Ini sesuatu yang membanggakan kerana dia sangat kuat." katanya.

BERITA TRENDING: Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera

Sebelum ini, Faisal telah disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali dan dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya pada Ahad sebelum dipindahkan ke hospital di Shah Alam.

Pada awalnya tahap kelecurannya berada pada tahap dua, namun tindak balas asid yang kuat menyebabkan tahap kelecuran pada badan pemain itu meningkat berada pada tahap empat selepas pembedahan pertama

BERITA TRENDING: Akhyar Rashid Cedera Dibahagian Kepala, Dipukul & Disamun

Selain Faisal, seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid didakwa menjadi mangsa samun dalam kejadian berlaku di Terengganu pada Sabtu.

Dalam kejadian itu, Akhyar yang menyertai pasukan Terengganu FC (TFC) musim ini turut mengalami kecederaan.

Terbaharu, seorang lagi bintang bola sepak, Safiq Rahim berdepan detik cemas apabila cermin belakang kenderaan yang dipandunya dipecahkan oleh individu tidak dikenali dengan menggunakan tukul besi pada Rabu.

BERITA TRENDING: Safiq Rahim Diserang Penjenayah, Cermin Kereta Dipecahkan Guna Tukul Besi


Sumber: STADIUM ASTRO