Viral
Bayaran ‘Content Creator’ Cecah RM80,000, Liana Beep Beep Ada Nasihat Untuk Generasi Muda - “Kalau Anda Tak Ada Semua Kemahiran Itu…”
Baru-baru ini, viral sebuah video berhubung gaji penghasil kandungan atau ‘content creator’ di media sosial boleh mencecah RM80,000 untuk tiga konten sahaja.
Sebagai individu yang juga aktif dalam dunia laman sosial, pempengaruh Liana Beep Beep mengakui ada saja ‘content creator’ dibayar dengan jumlah itu.
“Sejujurnya ia mungkin terjadi, kalau betul seseorang itu dapat bayaran sebanyak itu maksudnya dia punya konten sangat-sangat bagus. Ia bergantung juga kepada macam mana satu jenama itu mengenali anda sebagai ‘content creator’.
“Kalau mereka mengenali anda dan mahukan anda, maksudnya mereka sanggup bayar. Kalau mereka rasa belum lagi, mungkin di masa kelak nanti.
“Kalau anda minat, dah berkerja keras… boleh saja (dapat bayaran tinggi),” kata Liana kepada Gempak.
Dalam pada itu, Liana bagaimanapun menasihati generasi muda untuk teruskan pelajaran biarpun ingin menceburi dunia ‘content creator’.
“Kalau anda lihat content creator yang bagus, yang memberi sesuatu kembali kepada masyarakat, cipta satu konten yang bermakna, semua ada latar belakang pendidikan.
“Tak kisah ia merupakan degree ke, diploma, master… tak kisah apa saja, tapi mereka ada latar belakang pendidikan itu. Jadi, pelajaran itu sangat penting sebab dari situ anda belajar untuk menyusun masa, lakukan pelbagai kerja.
“Kalau anda tak ada semua kemahiran itu, macam mana nak jadi sesorang yang lebih baik,” ujarnya.