Bekas Gimnas Negara ‘Kecewa’ Dengan Kenyataan Hamidin - “Kalau Dia Tahu…”
Bekas atlet gimnastik negara, Nurul Fatiha Abd Hamid menzahirkan luahan yang terbuku di hati berhubung kenyataan yang dibuat oleh Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkenaan pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024.
Luah rasa 'kecewa'
Fatihah menerusi perkongsian semula di Facebook berkata, hanya jika Hamidin tahu betapa sukarnya untuk menyertai Olimpik dan sebanyak mana pengorbanan yang perlu dilakukan, sudah pasti dia tidak mengeluarkan kata-kata sedemikian.
“Jika dia tahu betapa sukarnya untuk menyertai Olimpik. Jika dia tahu betapa sukarnya atlet untuk berlatih, pengorbanan mereka, kecederaan, korban masa dan jauh daripada keluarga, hanya untuk jadikan impian mereka kenyataan.
ARTIKEL BERKAITAN: Nama Dicadang Netizen Sebagai Model Busana Olimpik Gantikan Patung, Ini Respons Sharul Aimy
ARTIKEL BERKAITAN: Pakaian Rasmi Sukan Olimpik 2024 Dikritik, Hamidin: “Jika Warna Cantik Tak Dapat Emas, Tak Guna…”
ARTIKEL BERKAITAN: Sukan Olimpik Paris: Presiden MOM Sasar Pingat Emas Untuk 5 Sukan Ini
ARTIKEL BERKAITAN: "Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Luar Bidang Kuasa KBS" - Hannah Yeoh
ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia Road To Gold! Ini Merupakan Senarai Atlet Terkini & Skuasy Yang Akan Sertai Sukan Olimpik
“Tak salah kan inilah masa untuk beri yang terbaik buat mereka. Inikan pula pentas sukan terbesar dunia. Percayalah, bukanlah ingin membandingkan negara-negara besar yang dapat sponsor seperti Ralph Lauren dan jenama-jenama lain. Cukuplah dapat berikan ‘wajah’ yang dapat memberikan semangat dan perasaan bangga menyarung jersi negara,” katanya.