Hollywood
Bekas Suami Katy Perry, Russell Brand Tukar Agama Lepas Dituduh Perkosa Wanita
Pelakon dan pelawak Russell Brand mengumumkan telah menukar kepercayaan agamanya daripada Buddha kepada Kristian.
Pengumuman itu dibuat menerusi video yang dikongsikan dalam akaun Instagram miliknya, lapor The Independent.
Bekas suami penyanyi Katy Perry itu menukar kepercayaan selepas terkait dengan isu memperkosa beberapa wanita yang pernah bekerja dengannya dalam industri hiburan.
BERITA TRENDING: Didakwa Perkosa Ramai Wanita, Dannii Minogue Sifatkan Russell Brand Predator Yang Keji
Brand, 48, didakwa bukan hanya memperkosa tetapi mengasari empat wanita pada zaman kegemilangannya di antara tahun 2006 dan 2013. Dia menafikan semua pertuduhan tersebut.
Namun Brand tidak mengaitkan keputusan menjadi penganut Kristian dengan insiden hitam yang berlaku dalam dirinya.
Dia sebaliknya menyifatkan proses menukar agama melalui ritual baptis dengan mandi di Sungai Thames di London sebagai sebuah pengalaman yang sangat berharga dan bersifat peribadi.
“Terlalu banyak perkara yang bersifat peribadi. Apa yang pasti sepanjang melakukan upacara baptis, semua masa lalu yang kotor dan mengecewakan pergi dan saya mencari sesuatu yang baharu dan menarik setelah ini.
“Saya dapat merasai perubahannya. Saya bersyukur kerana telah bersama penganut Kristian,” katanya.
BERITA TRENDING: Seluar Katy Perry Koyak Sewaktu Rancak Menari
PILIHAN PEMBACA: Sibuk Uruskan Anak, Orlando Bloom & Katy Perry Tak Sempat Berasmara